on Saturday, April 10, 2010
Pertama kali menjejaki kaki ke Bumi Rasyid, perkara pertama yang menerjah fikiran saya ialah budaya masyarakat. Ternyata budaya masyarakat disini memuliakan tetamu walaupun bukan di rumah. Masih saya ingat ketika kami menuruni coster (bas pendek) di Edefinu, Behiera, beberapa orang kanak-kanak Arab datang mengerumuni kami bersalaman dengan kami. Ketika itu kami berada di Empangan Lama Mesir. Mereka bertanya khabar kami, dari mana, dan sebagainya. Ternyata kehadiran kami pelajar Malaysia begitu dialukan tanpa diminta. Kemudian kami ke empangan untuk menikmati pemandangan. Ternyata beberapa orang pemuda Arab remaja datang membawa motosikal mini. Pada mulanya kami ingat ianya untuk disewa, setelah dipaksa mencuba, kami mencuba menaikinya. Rupanya tanggapan kami silap. Ianya bukan untuk disewa, percuma sahaja. Masya Allah, kami bertanya kenapa? Jawab mereka hanya satu sahaja

"Kami memuliakan tetamu kerana Allah, walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kamu adalah saudaraku seagama dan wajib ke atasku memuliakanmu,"

Masya Allah, sampai begitu sekali mereka memuliakan tetamu. Akhirnya kami pulang setelah masuk waktu Zohor.
Begitu ya para pembaca, adat orang Mesir memuliakan tetamu. Budaya kita bagaimana???

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...