Cekalkah Kita?

on Wednesday, April 14, 2010
Tepat jam 9 pagi, saya ke kampus untuk mengikuti kuliah Asas Sistem Perundangan yang disampaikan oleh seorang pensyarah. Setibanya saya disana, hampir 50% kerusi penuh dengan pelajar Arab. Setelah mengambil tempat, datang seorang rakan Arab saya, Syalabi lalu duduk di sebelah saya bersama dengan dua orang pelajar Yaman dan Rusia. Kami berbual dan ketahui sahajalah kita orang Malaysia ni, Bahasa Arab agak lemah, jadi faham tu tak banyaklah. Mujur seorang pelajar Yaman tu fasih bahasa Inggeris. Pabila doktar datang mengajar, kami membuka buku sementara ada beberapa orang pelajar yang lain leka berbual. Masya Allah, dugaan sungguh bagi kami yang hendak belajar. Depan kami, orang berbual, kiri kami orang tidur, kanan kami orang berbual, belakang kami bunyi lagu Arab, Masya Allah. Jenuh mulut doktor minta diam, habis sahaja kelas menderu semua keluar. Yang malangnya, kita yang kecil di terhimpit pula. sabor jelah, keluar kelas terus ke library. Alhamdulillah ada tenang sikit walaupun ade bising sikit. Pulang dari library, buka email, ada pula mesej memaki hamun kita, mengata macam-macam, Ya Rabbi, letih bercampur penat bercampur tension bercampur marah segalanya ada.

Ya para pembaca, sabda Junjungan Mulia Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang kuat ialah orang yang mampu menahan kemarahan,"

Bagaimana kita sekiranya itu yang berlaku? Sudah tentu kita balas memaki hamun semuanya yang tidak sepatutnya kita ucap. Bergembiralah syaitan Laknatullah apabila melihat anak panahnya memasuki saluran darah kita dan akhirnya membutakan hati kita dari bersabar dan berfikir dengan waras.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...