Hutang Oh Hutang.......

on Sunday, November 6, 2011
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak nak meng'update' blog ni setelah sekian lama menyepi akibat tak bukak. Bukan sebab sibuk, tetapi malas nak bukak n update blog sebab otak dah berkarat sejak balik bercuti di Malaysia. Yang ni pun mula kembali nak update blog ni untuk hilangkan segala karat-mengarat yang dah bersawang-sawang kat kepala ni.

Hutang, suatu perkara yang bukan lagi menjadi perkara aneh dalam kehidupan manusia. Hutang juga boleh dikenali sebagai sumber kewangan bagi seseorang samada ianya kehendak atau keperluan. Namun begitu, masyarakat kini masih belum sedar betapa buruknya hutang, tabiat suka berhutang, dan tabiat suka menangguh membayar hutang.

KEBURUKAN BERHUTANG

1) Hutang merupakan punca kemiskinan. Mungkin ramai yang memandang ianya sebagai suatu perkara yang remeh tetapi ingat, perkara remeh ni yang banyak membawa manusia ke lembah kemiskinan. Sabda Rasulullah S.A.W

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

2) Hutang adalah punca tekanan jangka panjang. Ramai orang terlupa tabiat berhutang menyebabkan mereka hidup dalam keadaan tertekan. Pada mereka, duit aku, aku punya hal. Memanglah duit kamu,kamu punya hal, tapi bila kamu tak ada duit nak bayar hutang, kamu meminjam dari orang. Bukankah itu menambah lagi tekanan kepada kamu? Contoh, seseorang itu membuat kad kredit yang mempunyai kadar faedah tahunan 13.5% setahun. Ketika membuat kad kredit, dia merasa kadar itu cuma kecil sahaja. Maka dia pun berbelanja bagai tak ingat dunia. Beli sana sini apa yang nak. Asal nampak je, nak, terus beli bayar pakai kad kredit. Bila hujung bulan, sampai sahaja bil kad kredit, terus jatuh terjelepok macam biawak jatuh pokok kelapa bila tengok kadar hutang menimbun-nimbun. Mulalah tertekan nak bayar hutang kad kredit. itu baru hutang kad kredit, belum hutang along lagi. Kalau hutang along lagi, silap hari bulan, nyawa pulak jadi taruhan.

3) Hutang memupuk sikap boros. Ini yang selalu menjadi punca mengapa seseorang tu berpendapatan besar tapi hidup mengalahkan orang pendapatan kecil. Tabiat berhutang menyebabkan seseorang tu bersikap boros berbelanja. Kita selalu dengar masa kita sekolah sampailah ke universiti, selalu mak ayah pesan jangan boros berbelanja. Tetapi bila kita dah bekerja, dah ada duit sendiri, kita mula boros berbelanja. Bila tiada duit untuk berbelanja, kita berhutang sana sini semata-mata untuk memenuhi kehendak berbelanja kita. Kita berbelanja sakan tak ingat dunia. Tetapi, bila sampai hujung bulan, bil hutang-hutang semua sampai, kita tepuk dahi kat dinding sebab duit gaji kita yang besar tu lesap habis bayar hutang. Akhirnya orang lain awal bulan sampai hujung bulan makan nasi lauk macam-macam sebab tak suka berhutang banyak-banyak,kita makan nasi lauk garam sahaja sebab duit habis bayar hutang terlalu banyak...

4) Hutang memupuk sikap suka berbohong dan memungkiri janji. Sabda Rasulullah S.A.W:

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : ” إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف”

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, ” Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; ” Benar ” Jawab Rasulullah” ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Seseorang yang suka berhutang akan berbohong kepada pemiutang apabila dia tidak mempunyai wang untuk membayar hutang dengan janji-janjinya. Apabila dia berjanji untuk melangsaikan hutangnya, dia akan memungkirinya apabila dia tidak mampu untuk menyediakan wang untuk membayar hutang.

5) Hutang adalah sumber berlakunya jenayah. Perkara ini nampak macam kememeh(mengarut) sedikit. Apabila seseorang itu berhutang dengan along atau ceti haram, apabila cukup masa, dia perlu melangsaikan hutangnya. Jika dia gagal, maka along akan memberikan kepadanya saguhati berupa tumbukan, rembatan ala Cristiano Ronaldo dan macam-macam lagi. Maka timbullah isu "Saya dipukul along" menjadi panas di dada akhbar. Timbul isu ini kerana serangan along terhadap peminjam wang ceti haram itu diklasifikasikan sebagai suatu kesalahan menurut Seksyen Kanun Keseksaan 330 sabit kesalahan hukuman penjara 10 tahun dan denda atas kesalahan 'Dengan sengaja mendatangkan luka supaya orang mengaku salah atau mengembalikan harta dlll'.

Jadi, tabiat berhutang sebenarnya lagsung tidak membwa kepada kekayaan, malah ianya membawa kepada keburukan dan keharu-biruan dalam hidup kita. Jauhilah berhutang kerana hutang yang tidak diselesaikan di dunia akan di kira di akhirat. Lebih baik selesai di dunia dari selesai di akhirat.

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : ” Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)” ( Riwayat Muslim, 6/38)

Buat hati-hati yang hancur.....

on Friday, September 16, 2011
Siapa yang tak pernah hati mereka dihancurkan. Dihancurkan oleh mereka yang tersayang, dimusnahkan oleh mereka yang dihormati, sehingga peritnya terasa sehingga kini. Apakah kita masih lemah? Atau ujian Allah Taala buat kita?

Wahai hati-hati yang remuk,
Indahnya cinta tatkala bermula,
Menjadikan manusia itu gila,
Gila bagaikan kenderaan menggila di jalanan.

Wahai hati-hati yang hancur,
Sakitnya kepalang tak terdaya,
Air mata bertukar darah,
Tak terhenti menangis sengsara.

Wahai hati-hati yang luluh,
Manusia itu adakalanya kejam,
Meraja didunia menindas manusia,
Bersultan dihati menzalimi harta.

Wahai hati-hati yang berderai,
Air matamu berderai tiada guna,
Hanya ketawa dibalas mereka,
Para penzalim terkutuk dunia.

Wahai hati-hati yang sakit merana,
Ingatlah ada Tuhan yang bersama kita,
Ada Tuhan yang mendengar suara kita,
Itulah Allah Taala, Tuhan sekelian kita.
on Tuesday, September 13, 2011
Alhamdulillah dah masuk bulan Syawal. Tup-tap dah berbelas dah Syawal kita lalu sampai masa pun tak sedar. Tau-tau je dah budak darjah 6 pen dah UPSR.

Namun begitu, apa yang berlaku pada dunia kini memang ada segelintir pihak yang merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah dan langsung tidak sedar bahawa mereka telah menindas orang lain. Menindas melalui pelbagai cara. Dari sudut material sampailah mental. Sedih tak tau nak kata lagu mana dah. Sampai rasa pedih hati ni tengok macam-macam perkara berlaku baik dari isu kecil sampai isu besar. Tak pernah padam.

Seminggu sebelum puasa, pergi merayau melihat suasana malam di bumi Damanhur ni. Dari Kubri Falagah ni, jalan kaki masuk pekan Toba. Sedih kat hati ni terasa jugak masa tengok ada 3-4 orang makcik-makcik duk mintak sedekah disamping anak-anak yang masih kecik dan merah. Sedih terasa kat hati ni. Meminta sedekah demi sekeping roti ishy yang harga tak sampai 10 sen Malaysia. Dengan anak-anak kecil yang masih merah menangis meminta perut disuapkan makanan, tambahan pula dengan keadaan anak yang tak sihat, terasa sedih kat hati ni.

Kemudian, terus merayau ke simpang lampu isyarat dekat dengan bank National Of Egypt dan Cairo Banque. Sampai kat sana, minum air tebu dekat kedai. Tengah-tengah minum sekali terpandang pula kat 4-5 orang budak kecik yang umur dalam anggaran 6-9 tahun. Pergi ke satu kereta lap cermin nak ambil upah bersihkan kereta demi sesuap rezeki. Ada yang sudi dan ada jugak yang halau. Kalau yang sudi tu hulur jugak lah LE1 dalam anggaram duit Malaysia 50 sen. Kekadang tu ada jugak yang mintak sedekah untuk makan. Sedih tak usah dicakaplah. Dah tengok macam terbuang pulak budak-budak tu. Ada sekali tegur diorang tanya mana mak bapak. Ada yang kata mak bapak bercerai pastu depa pulak hidup merempat. Tidur di kaki lima atau dimana-mana sahaja. Ada yang kata kena buang keluarga dan ada jugak yang kata tak kenal mak bapak langsung. Kekadang kesian pun ada jugak tengok depa ni. Bila dapat duit LE1 tu macam dapat LE10. Tak pernah kenal masa. Sentiasa ada baik musim sejuk mahupun musim panas. Baik siang mahupun malam.

Lepas jam 11 malam tu, terus ke Kubri Falagah. Sepanjang jalan tu, ada nampak 2-3 orang tua dengan keadaan yang sakit, cacat, duduk mintak sedekah. Manalah pergi anak-anak depa ni? Adakah depa ni dibuang oleh anak kerana menyusahkan jika dijaga atau memang tak kahwin sebab miskin dan cacat? Sedih hati ni tengok. Bukan di bandar Damanhur yang kecik ni sahaja. Malah di bandar besar pun ada jugak bahkan lagi teruk dari ni.

Bila teringat masa kat Malaysia dahulu, banyak kali jumpa dengan orang-orang tua yang dibuang oleh anak atas alasan kononnya jaga mak bapak yang dah tua ni menyusahkan. Pernah sekali jumpa sorang pakcik tu yang datang ke gerai jumpa pelanggan mintak duit seringgit dua untuk beli ubat dan makan. Sedih keadaan pakcik tu. Dah tu pergi kat meja sekumpulan laki pompuan yang tengah duk bergelak. Sekali kena halau macam anjing kurap. Sedih betul tengok eh. Pergi ke meja lain pun kena macam tu jugak, ada yang bagi pastu suruh blah cepat-cepat. Ada yang buat tak layan, n ada yang halau. Bila pakcik tu dah pergi jauh, pergilah jumpa pakcik tu. Bila tanya mana keluarga, terkeluarlah dari mulut pakcik tu:

"Kalau tanya pasal anak bini pakcik, tak usahlah, pakcik ni dah kena halau dek bini dan anak dah dekat 15 tahun nak, sejak pakcik kemalangan dan tak mampu nak bekerja keras,paling pakcik sedih, semua harta pakcik yang pakcik simpan sejak pakcik kerja sampai pakcik kemalangan habis diambik oleh bini pakcik dan anak-anak,masa pakcik keluar 15 tahun dahulu, pakcik keluar cari kerja untuk sara keluarga, sebelum tu waktu pagi pakcik menoreh getah, kebun pun tak luas mana sangat, adalah sekankang kera lepas untuk makan minum serumah, lepas menoreh, pakcik bawak beca dari pagi sampai petang, kadang ada penumpang,kadang tak ada. Lepas pakcik kemalangan, bini pakcik jual kebun getah tu untuk kegunaan anak pakcik,masa tu pakcik kat hospital, tak ada sorang pun pergi jenguk pakcik apatah lagi lawat pakcik, lepas keluar hospital, pakcik berulang alik ke hospital semuanya pakai duit simpanan pakcik, lepas 4 bulan tu, pakcik dah tak boleh kerja macam dulu sebab kesihatan pakcik tak mengizinkan, pakcik merayau dari satu kedai ke satu kedai cari kerja kosong tak kiralah cuci pingan ke atau cuci tandas, dulu ada, tapi sekejap je, tuan kedai dah tutup pindah tempat lain. tak lama lepas tu pakcik pulak kena halau dengan keluarga pakcik. Kata bini pakcik, 'tak larat aku nak jaga engkau,duit pun tak ada, balik bau busuk hapak, tak larat aku nak basuh kain baju kau,berambus kau dari sini.' lebih kurang macam tulah ayat yang keluar dari mulut bini pakcik,pakcik ke rumah anak pakcik, sekali dibantingnya pintu ke muka pakcik, yang paling pakcik sedih,cucu pakcik pun tak mengaku yang pakcik ni datuk dia.sebab tu sampai sekarang pakcik hidup merempat,"

Sedih terasa kat hati ni bila dengar pakcik tu cakap macam tu. Pakcik tu tak usah cakaplah, menangis air mata pakcik tu. Pakcik tu ada bagitau kat mana dia duduk dahulu, gambar bini dia yang dah kusam dan kini bekas rumah dia diduduki oleh bekas bininya. Bila pergi jenguk ke rumah pakcik tu, sekali bukan rumah, tapi istana. Bini pakcik tu hidup lagi dan mewah bersalut barang kemas tapi suaminya??? Dahlah pergi jenguk je,jenguk pun takdelah jauh sangat, sekali kena halau la pulak. Adoyaiii....Sejak dari tu tak pergi dah. Pakcik tu pun lepas 2 bulan tu tak jumpa dah. Dengar kabar dah meninggal dunia. Ade kabar lain, Jabatan Kebajikan pungut dia. Entahlah.

Sebelum datang ke Mesir ni, terserempak dengan seorang anak muda yang duduk merempat. Tidur di kaki lima, kaki tempang sebelah, dan mukanya cacat. Sekali bila ditanya kenapa jadi begini, menangis dia. Ujarnya:

"Apa yang jadi kat aku ni sebenarnya dosa aku kat kedua orang tua aku. Masa dulu aku ni jahat. Duduk kat rumah tak pernah sembahyang. Bapak aku tegur aku melawan. Mak aku tegur, aku melawan. Macam-macam aku buat kat mak bapak aku. Curik barang kemas mak aku, curik duit bapak aku. Macam-macam lagi, aku pulak kerja aku main motor sana sini. Pernah sekali aku pukul mak aku sebab mak aku tak bagi aku duit. Bapak aku pun pernah kena tumbuk kat masjid sebab tak bagi aku duit tengok konsert. Masa bapak aku sakit, aku sempat lagi amik duit jualan kebun bapak aku sebab nak beli motor baru nak race. Masa bapak aku meninggal, tu sebenarnya salah aku. Duit jualan kebun bapak aku tu sebenarnya untuk rawatan bapak aku tapi aku ambik beli motor. Masa bapak aku meninggal, aku langsung tak berubah. hari-hari aku mintak duit kat mak aku. bila mak aku tak bagi, aku pukul mak aku, lepas tu aku amik barang kemas mak aku, aku gadai kat pajak gadai. duit tu aku beli 'barang', minum arak, macam-macam lagi. Tak lama kemudian, mak aku meninggal sebab tertekan degan perangai aku yang makin hari makin teruk. Setakat perempuan tu, bagi aku stok pakai buang je, banyak dah pompuan dah bolong kena tebuk dengan aku. Setakat pukul orang tu, mainan aku. Masa mak aku meninggal, aku langsung tak sedih, apatah lagi nak berubah. Bahkan aku makin seronok sebab mak aku tinggalkan duit dalam bank dalam RM12000 dengan barang kemas dia.Barang kemas mak aku semua aku gadaikan kecuali seutas rantai je yang sempat adik perempuan aku ambik. Duit mak aku tu habis aku pakai beli pil kuda, 'barang' dan macam-macam lagi. Setahun lepas aku kemalangan teruk lepas amik pil. Aku khayal masa tu. Yang drive kereta masa tu kawan aku. dia pun khayal. aku pun tak sedar masa tu, tau-tau je dah accident bantai bas. Kawan aku mati kat situ dan aku pulak cacat. Rumah aku pulak terbakar sebab lintar pintas. dalam rumah tu hangus semua duit simpanan hasil haram, hasil aku pukul orang, dan macam-macam lagi. Wallet aku masa aku kemalangan tu kena curik dek orang. Lepas tu aku ke rumah adik aku, tapi adik aku dah tak duduk situ lagi, dah pindah tempat lain sebab tak tahan dengan umpatan orang tentang aku. Lepas tu pulak aku landing hospital buat kali kedua sebab kena rembat dengan orang. muka aku ni kena cucuh dengan api. landing balik aku kat hospital, patah tangan kiri, rusuk kiri patah 3 dan aku pulak koma 2 hari. Keluar dari hospital, aku dah tak ada tempat nak pergi lagi. duit tak ada, rumah pun tak ada, kini aku merempat kat kaki lima. Ni semua dosa aku kat arwah mak bapak aku.kalau kau masih ada mak bapak kau, mintak la maaf kat diorang sebelum terlambat."

Terasa hati ni macam kena siat bila dengar cerita pemuda tu. Sampai sekarang masih teringat nasihat diorang. Pengalaman tu mengajar kita banyak perkara dalam kehidupan. Kemiskinan yang dialami orang lain itu memberi pengajaran kepada kita agar jangan kita kedekut dalam memberi sedekah kepada mereka yang kurang upaya. Ceritera yang diceritakan oleh mereka yang mengalaminya memberi kita peringatan agar kita menghargai orang tua kita selagi mana mereka masih hidup dan jagalah mereka sebagai mana mereka menatang kita bagai minyak yang penuh masa kita kecik dahulu dan juga peringatan kepada kita agar mendidik anak-anak menjadi manusia yang baik akhlak dan peribadinya. Ceritera orang miskin banyak pengajaran dan pengalaman itulah guru terbaik dalam mendidik kita.......
on Tuesday, August 23, 2011
Nun jauh diatas,
Bagai langit menghempap bumi,
Bagai badai menerjah pantai,
Mengukir kata bak gula.

Himpunan manusia bagaikan semut,
Bak tentera bakal menyerang,
Hitam putih merah biru,
Berkumpul umpama satu perang.

Kata diukir pembangun semangat,
Membakar jiwa sang pejuang,
Bagai kertas disambar api,
Marak menyala membakar tinggi.

Tatkala manusia hilang diri,
Mana pergi janji ditaburi,
Mana pergi sang pemberi,
Menabur janji mengikat hati.

Kala berdiri sang politik,
Mengukir kata semula lagi,
Apakah janji sekadar janji,
Atau janji pemanis hati?

Sedarlah wahai jiwa-jiwa,
Jiwa tenggelam dalam dunia,
Apa guna jika dipercaya,
Jika kata sekadar kata.

Bangkitlah wahai para pejuang,
Lautan ilmu terbentang luas,
Tanpa ilmu sesatlah kalian,
Hatta politik turut tersesat.


P/S: Buat para pelajar, pelajarilah ilmu sebelum berkecimpung di dalam politik. Maaf jika terasa,sesat langkah hilang semuanya. Sesat mengorak, hilang segala-galanya. Pikir-pikirkanlah masa depan kita.

Matlamat dia,dia punya hal, matlamat kita ape pulak????

on Wednesday, July 27, 2011
Salam ceria kepada semua pembaca, semoga hari-hari yang kita lalui semuanya akan sentiasa ceria dan gembira. Yang selalu sedih tu, udoh-udoh le sedih, bughuk benor muke tu, kalah budok kecik teghiok(menangis).hehehehe

Matlamat, bila sebut je soal matlamat ni, dah terbayang dalam otak masing-masing matlamat yang nak. Contohnya ada orang nak bini lawa macam Heliza Helmi, ade orang nak pakai kereta mewah macam AC Mizal(Bentley tu guuuuu), ade orang nak pulak jadi hartawan macam Raja Gula Robert Kwok. Ok,yang tu semuanya impian, bukan matlamat. Impian kalau tak tercapai pun tak ada masalah, kalau frust tu, namanya frust bercinta. Tapi kalau matlamat, susah macam mana pun tetap nak capai. Contohnya matlamat seseorang tu untuk menjadi seorang yang pakar dalam bidang pokok. Maka sejak dari kecik lagi dia akan berusaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Matlamat ni merupakan sesuatu yang melibatkan kemahiran manakala impian pula melibatkan material. Matlamat jika tak tercapai maka seseorang tu akan memikirkan bagaimana untuk mencapai matlamatnya. Contohnya,saya masa zaman sekolah dahulu tak ada matlamat untuk berjaya langsung. Matlamat saya cuma nak jadi orang sahaja. Akhirnya dek teguran mak abah, baru saya terfikir mengenai matlamat hidup saya. Saya terfikir, takkan sampai ke tua nanti hidup terumbang-ambing tak ada matlamat hidup? Betul ade sesetengah orang mengatakan matlamat hidup ni untuk berjaya di dunia dan akhirat. Tapi ade dalil mengatakan bahawa orang mukmin yang kuat tu lebih disukai dari orang mukmin yang lemah. Hadith Rasulullah S.A.W bersabda:

"Orang mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah dari orang mukmin yang lemah."

Dalil hadith tersebut telah jelas bahawa orang mukmin yang kuat, mempunyai kemahiran dan kekuatan akal fikiran itu lebih disukai oleh Allah. Kuat diatas tersebut tidak hanya bermaksud kuat tubuh badan sahaja, tetapi membawa maksud kuat akal fikiran. Kalau seseorang tu tak mempunyai matlamat hidupnya maka hidup seseorang tu terumbang ambing macam kapal kena hempuk dek ombak. Kalau mempunyai matlamat,maka dia akan merancang untuk mencapai matlamatnya.

Ada orang mengatakan bahawa aku hendak menjadi seorang peguam yang hebat, maka matlamatnya adalah menjadi seorang yang hebat. Ada seorang mengatakan bahawa hidupnya adalah untuk Islam, maka matlamatnya adalah menegakkan Islam. Namun jika digabungkan kedua-dua matlamat dan impian, maka hasilnya jauh lebih baik dari apa yang diimpikan.....

Duniaku bukan duniamu, jadi mind your own periuk......

on Sunday, July 24, 2011
Salam ceria buat semua, ceriakan diri anda bersama segelas teh hijau. Dan sentiasa senyum kerana senyum itu adalah penawar. Dah besedia untuk memotivasikan minda anda? Ayuh kita layari kembara minda berjaya.....

Pernah tengok cerita Seniman Bujang Lapuk?Perhatikan betul-betul pada babak dimana pak Guard Singh menghentam seorang lelaki yang memperlekehkan Ramlee,Ajis dan Sudin selepas mereka bertiga dibawa oleh encik Ahmad bejumpa Manager. Babak tu menegur kepada kita semua bahawa kita yang menetukan bentuk perjalanan hidup kita. Kita yang menentukan masa depan kita. Bukan orang lain apatah lagi kawan baik kita sendiri. Setiap daripada kita mempunyai periuk nasi tersendiri. Bukan perut orang lain kita kena bagi makan. Kalau yang dah berkeluarga tu lainlah. Yang bujang trang tang-tang ni. Takkan ko kerja, perut kawan lak ko kena isi. Abis kawan ko tu jadi apa?jadi tong sampah? tunggu je orang isi tak buat keje?macam tu?Hoiii, ini soal masa depan ko, bukan masa depan orang lain. Ko punya nasib,ko makan, dia punya nasib,dia makan. Tak salah makan sama-sama tapi kalau sampai orang lain pulak ambil senang dengan ko,melampau lah tu.

Setiap kerja yang kita buat sebenarnya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri. Contohnya pada raya puasa tahun lepas,persatuan pelajar di sini telah menganjurkan program sambutan hari raya yang mana pada masa tu saya yang jadi pengarah program. Sepanjang program tu,saya sebagai pengarah membiarkan AJK saya bekerja tanpa sikit pun saya bantu. Saya pantau dan tegur dimana yang silap sahaja. Jika diorang tak tahu,baru saya tolong. Lepas program tu, ade muhasabah dimana saya dikritik kerana tidak mahu turun tangan dan membandingkan saya dengan seseorang yang bagi mereka itu adalah pengarah yang terbaik kerana hampir semua kerja unit dia seorang yang buat. satu je saya balas,

"kalau saya tolong buat kerja kamu semua, kamu semua buat apa?membuta je kerjakan? ni baru alam mahasiswa, belum alam bekerja lagi. Kalau masa alam mahasiswa pun tak reti nak buat kerja, masuk alam kerja, silap haribulan free kena buang".

Setiap dari kita perlu tahu apa yang perlu kita buat walaupun itu adalah kerja berkumpulan, jangan nak mengharap orang lain buat sebab tu adalah pengalaman kita. bukannya orang lain dapat,kalau aku tolong nanti hangpa suma jadi pemalas, baloq liat. Malas sampai kerja hari-hari tidoq saja, malulah dengan ayam yang pepagi buta lagi sebelum subuh lagi dah berkokok kejut kita bangun solat. So faham-fahamlah, kalau bukan kita yang nak menentukan masa depan kita, siapa lagi?kalau bukan kita yang mendekorat dunia kita, siapa lagi?

"Decorate your world with your favourite colour and your taste, but don't let any other person decorate it because they will mess up your world"

Weapon That We All Have

on Wednesday, July 20, 2011
Salam ceria,salam motivasi dan salam sejahtera kepada para pembaca. Semoga anda semua berada dalam keadaan mood yang baik, mood ceria dan happy sentiasan. Kalau yang mood tak berapa ok tu, bawak2 lah bersabar dan cuba ceriakan diri anda.....

Dah baca tajuk diatas? Kali ini saya hendak membawakan sesuatu mengenai senjata. Kalau sebut senjata, semua orang pikir pisau,pistol, senapang, pedang dan macam-macam lagi. Tetapi sedarkah kita semua bahawa kita mempunyai 2 senjata yang lebih tajam dari pisau dan lebih keras dari berlian. Jangan le pulak pikir yang bukan-bukan ye. Bukan 'senjata' tu yang dimaksudkan. Senjata itu ialah lidah dan akal....

Lidah ni setiap manusia sume ada. Tak ada lidah, jenuh cakap haprak pun tak paham. Persoalannya, kenapa lidah dikatakan lebih tajam dari pedang? Imam Al-Ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya:

"Apakah senjata yang paling tajam di dunia?"

Maka bangkitlah seorang anak muridnya lalu mengatakan bahawa senjata yang paling tajam adalah pisau. Dan bangkit seorang demi seorang menyatakan bahawa pisau dan pedang adalah senjata paling tajam. Maka Imam Al-Ghazali menjawab:

"Semua yang kamu katakan itu adalah benar, tetapi senjata yang paling tajam adalah lidah kerana setiap perkataan yang dituturkan membawa makna yang cukup menusuk kalbu."

Contoh yang boleh kita ambil, seorang pelajar mengatakan bahawa anda adalah seorang yang pemalas di khalayak ramai. Apa yang anda rasa? Sudah tentu malu, muka merah bera tak reti nak sorok kat mana lagi dah. Last-last pencilkan diri sampai setahun tak nampak batang hidung. See, betapa tajamnya lidah jika perkataan yang kita tuturkan itu lebih-lebih lagi jika kita bertutur mengenai perkara benar dan menangkis hujah mereka yang penindas.

-AKAL-

Pepatah melayu pernah berkata "belakang parang kalau diasah menjadi tajam". Sebegitu jugalah dengan akal jika diasah menjadi senjata, boleh juga menjadi perisai.

Pepatah ni memang sinonim dalam kalangan masyarakat melayu. Akan tetapi mengapa pepatah ini sekadar diungkap sahaja, tetapi tidak digunakan?

Kita terlupa bahawa akal jika diasah menjadi senjata,menjadi perisai. Pernah tak kita membaca sebuah buku karangan orang Cina bertajuk "The Art Of War". Buku "The Art Of War" jika menurut pendapat saya adalah antara buku kegemaran saya ketika saya berusia 11 tahun. Buku tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain. Ketika saya membaca buku tersebut,saya tertarik mengenai kisah seorang Jeneral yang bernama Sun Tzu. Beliau merupakan tokoh jeneral perang Cina yang mashyur dengan ketajaman akal fikirannya. Dalam buku tersebut, diceritakan bahawa diaberjaya mengawal hampir 1000 orang perempuan yang mana pada kali pertama dia memberi arahan, dia diketawakan. Dan akhirnya dia berjaya membuat mereka yang mentertawakannya dahulu tunduk patuh pada arahannya kali kedua dengan hanya menggunakan akal fikiran.

Ada lagi sebuah buku karangan seorang profesor di universiti negara bara. Buku tersebut mengisahkan bagaimana seorang pemudayang dituduh atas tuduhan palsu berjaya membebaskan akal fikirannya tatkala dia dipenara. dan akhirnya dia diangkat menjadi seorang Count. Ketajaman akal fikirannya membuatkan dia mampu membebaskan akal fikirannya tatkala jasad dikurung. Dialah adalah Edmond Dantes, Tengku Monte Cristo. Bukunya berjudul The Count Of Monte Cristo. Buku ini merupakan buku kegemaran saya semasa saya berada di sekolah mengengah. Buku tersebut banyak mengajar mengenai erti dan kekuatan akal jika diasah dengan betul.

Kini kita berdspan dengan musuh yang menggunakan apa sahajauntuk menguatkan kedudukan dan kemewahan mereka. Adakah kita hendak berlawan dengan penumbuk, sepak terajang? Kita tidak mampu kerana kita mempunyai undang-undangAkan tetapi, tidak wujud undang-undang yang boleh memenjaraka akal fikiran

"Manusia jika ditegur hanya sekali sahaja sudah cukup, jika ditegur banyak kali tak faham jugak, baik dibalas dengan sesuatu yang memalukan agar mereka beringat dan sedar, sarang ular kalau dijolok, ular mengamuk sampai kita takut, maka kita perlu ikut resmi ular....Sekadar prinsip dilaung sahaja tidak cukup, akan tetapi tindakannya juga perlu teguh agar kita tak dipandang layu."

Salam ceria semua, semoga kita berjumpa di kemudian hari.

Hari Bapa, Hari Ibu, Hari Guru dan lain-lain, Apakah Hukum Menyambutnya?

on Sunday, June 19, 2011

1. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun. Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.

2. Ulama’ berselisih pendapat dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:

(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).

(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat (بدع العبادات) tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan (بدع العادات).


3. Pandangan kelompok pertama adalah cukup mudah untuk difahami dan saya tidak berhasrat memanjangkan di sini.

4. Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari. Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi dengan dua syarat:

1. Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan (تكريما إضافيا) yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.
2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.

5. Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:

“هذا اليوم الذي تُكرم فيه الأم ويُسميه الناس “عيد الأم” هو مِن بدَع العادات لا مِن بدَع العبادات، وبدَع العادات لا يَأمر بها الإسلام ولا يَنهَى عنها إلا إذا كانت تتصل بالدِّين من قريب أو مِن بعيد، فإذا كانت هذه العادات تُعبِّر عن الوفاء والاعتراف بالجميل وتدعو إلى البرِّ والإحسان إلى مَن يَستحق البرَّ والإحسانَ، كالأمِّ والأبِ ومَن في حُكمهما كالجَدَّة والجَدِّ، فإن الإسلام يُبارك هذه العادات ويُقرُّها. أمَّا إذا كانت هذه العادات تُعبِّر عن الضِّدِّ مِن ذلك، أو يَترتَّب على فعْلها ما يَعيبه الإسلام ويَنهَى عنه، كالإسراف والتبذير والعبَث واللهْو واللعب والتفاخُر، فإن الإسلام يَنهَى عن ذلك ويُحذر منه.

“Hari ini dimana ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.”

6. Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:



Bahawa merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu. Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.

7. Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberikan pendapat seperti berikut:



Perayaan Hari Ibu pada suatu pada suatu hari yang dikhususkan (iaitu 21 Mac) pada pendapatku adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid’ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka. Telah datang beberapa hadith Rasulullah SAW yang melarang umatnya daripada menyerupai Ahli Kitab antara lainnya ialah yang didatangkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.”

8. Dr Muhammad al-Banna berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dengan syarat:

1. Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.
3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.

Wallahu ‘alam bil sowab. أن الاحتفال بأيام فيها تكريم للناس، أو إحياء ذكرى طيبة لم يقل أحد بأن هذا احتفال ديني، أو عيد من أعياد المسلمين، ولكنه فرصة لإبداء المشاعر الطيبة نحو من أسدوا لنا معروفًا، ومن ذلك ما يعرف بالاحتفال بيوم الأم، أو بعيد الأم، فإن الأم لها منزلة خاصة في دين الله، بل في كل دين، ولذلك يجب أن تكرم، وأن تحترم وأن يحتفل بها الاحتفال بعيد الأم في اليوم المحدد ذلك(21 من مارس) أقل أحواله عندي الكراهة، ولا يبعد أن يكون حراما، ليس بسبب البدعة ، ولكن بسبب تقليد غير المسلمين في عاداتهم وأعيادهم،وقد وردت عدة أحاديث ، ينهى النبي صلى الله عليه وسلم فيها أمته عن التشبه بأهل الكتاب؛من ذلكما جاء عن ابن عمر أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “من تشبه بقوم فهو منهم”





Jasa sehingga ke Menara Gading Al-Azhar

on Monday, April 25, 2011
"Ehhhh, bangun-bangun belako, dok bangun, aku rote leper ke....." Yaa, itulah suara yang amat digeruni pada waktu subuh mahupun dimana-mana sahaja. Kedatangan mudir Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat itu amat ditakuti oleh semua pelajar termasuklah pelajar yang paling 'otai' sekali. Dengan rotan di tangan, kalau terkena sekali pasti perit dan diingati berminggu-minggu. Berpusu-pusu pelajar akan ke bilik air membersihkan diri atau mengambil air wudhu kemudian ke surau. Solat fardu wajib berjemaah kecuali yang sakit. Kalau ponteng lagi azab hukuman yang bakal menanti. Solat fardu yang melibatkan imam menguatkan suaranya wajib membaca satu rakaat semuka. Kalau tidak, nahaslah pak imam kena bedal.

Selesai solat subuh dan diikuti dengan zikir dan bacaan Yasiin, para pelajar mengaji mengulang hafalan baru atau hafalan lama. Waktu nilah memang setan dok berpesta sarkis kat mata ni. Mak aiiii, kekadang terasa macam berkampit-kampit kilo beras kat mata ni walaupun pagi tadi dah mandi. Adoiiiii, mengantuknya.... ZZZZZZZZ berdengkor sesetengah pelajar. Sekejap lagi..... Bedebuk, satu debukan kuat hinggap kat belakang. Adoiiiii, sapa pulak buat spike bola tampar kat belakang ni.
"Mengaji tu, buke aku suruh mu tido," hinggap suatu suara tak asing lagi. Gerun menguasai diri. Pantas dibaca mushaf Al-Quran. Dan sejak dari hari tu, tak berani nak tido lepas subuh. Mengaji sampailah pukul 7.20 pagi. Lepas mengaji, terus kami ke kantin makan pagi walaupun kekadang makan pagi ni ada yang sedap, ada yang kureng, tapi lapor punya pasal, telan jugak.

Tepat jam 7.50 pagi, masing-masing mula ke kelas. Kalau hari sabtu, ada perhimpunan. Masa tulah nak dengar komen ust yang menjaga pada hujung minggu. Kekadang naik jemu dengar arwah Pak Muda dok ingat pasal yuran tak bayar. Naik jemu telinga ni menadah. Kalau ade pelajar buat hal masa hujung minggu tertangkap, ok la sikit tengok aksi rotan-merotan ni. Kekadang terkena jugak, tapi bukan Mudir yang rotan, warden yang rotan. Kalau mudir yang rotan, mau sebatu aku lari dengan bebudak ni.

Pukul 10.30 pagi, masa tukar kelas pulak. Habis dah kelas Al-Quran, pakat ke kelas kitab pulak. Mengajilah dalam keadaan mengantuk. Kekadang tido terlentang pun ade jugak kat belakang. Pelajar pompuan ade pun wat derk je. Mengantuk punya pasal, bantai tido semacam je. Terus menerus mengaji sampai pukul 12.45 tengahari. Hah, masa ni la nak rehat. Balik bilik je terus terkam katil dulu. Tido sampai pukul 2 petang.

Petang pukul 2.45, mengaji sampai asar, Dan pas asar tulah masa nak berembat bola kat padang. Masa ni pelajar sume nak tunjuk power main bola sampai ust pun kantoi gelecek bola dengan anak murid sendiri. Masa kat padang ni la ingat ada 2-3 orang ustaz yang terror main bola. Memang respek dari A-Z. Antara yang terkenalnya Ust Hassan Itali(gelaran sebab bawak bola macam Matterazi player Itali yang ade kes dengan Zidane), Ust Syukor, Ust Lah Ronaldo, Ust Ihya player Thailand(pernah dipilih jadi pemain negara Thai) dan ade 2-3 lagi yang terror. Petang ni lah macam-macam skill keluar sampai pukul 6.30 petang. Masa tu time makan lak. Makan lak kalau dah letih n lapar, telan semacam je.

Malam lepas isyak,masa tulah time rehat dan pukul 11 je sume tido. Berdengkor macam-macam bunyi ada. Itulah rutin harian di MTDQWQ.

Masih ingat lagi masa ada kes dahulu, terponteng sembahyang Subuh sebab mengantuk sangat. Masa tu pulak kantoi dengan mudir sendiri. Aduh mak aii, ramai kantoi termasuklah aku, Rahimin Basri, Nukman Aziz, Mujahid Suhaimi, Zaki Muafaq, Zaid Muafaq dan lain-lain lagi. Memang perit kena hukum. Satu jam ketuk ketampi, pastu di follow plak dengan pumping sambil kena slash dengan rotan. Lepas pumping plak, kene lagi slash kat tangan. Sakit masa tu memang marah. Macam-macam ade yang mengutuk. Tapi bisanya???? Semua berjaya dalam pelajaran. Omar Saifuddin berjaya ke Al-Azhar dalam bidang Qanun yang paling digeruni untuk diambil oleh semua pelajar Mesir termasuk arab sendiri pun surrender. Fikri Razali berjaya mencapai diploma DQ dan kini berada di Maahad Qiraat Shoubra. Farhan Hassan berada di Tanta, Mesir di bidang Syariah Islamiah. Rahimin Basri dan Nu'man Aziz ke Syria dan memperolehi Diploma Bahasa Arab. Mujahid Suhaimi pula memasuki Imam Muda Musim Kedua. Zaki Muafaq berjaya mencapai Ijazah Sanad Tahfiz Al-Quran Persatuan Tahfiz Malaysia. Hampir keseluruhan semuanya berjaya dalam bidang masing-masing. Tanpa tunjuk ajarnya, rotannya yang berbirat di badan bagaikan calit komando, kepetahannya dalam nahu dan sorof serta fiqh, sudah tentu kami semua menjadi penyamuuun macam citer Ali Baba Bujang lapok tu.

Kalau nak tahu, itulah Maadah Tahfiz Darul Qiran Wal Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan. Sekolah yang tidak semegah mana dari segi binaan tetapi megah dari segi kemantapan ilmu. Itulah dia Ust Subki Bin Abd Rahman, Mudir dan pengasas MTDQWQ Repek. Sesungguhnya jasa mereka membawa kami ke mata dunia.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Lets Be A Fighter

on Friday, April 15, 2011
Seorang bapa membawa anak lelakinya melihat pancaragam tentera. Setibanya disana, anaknya teruja melihat gerak tentera yang penuh gagah dan berdisiplin. Si anak mengatakan kepada bapanya bahawa suatu hari nanti dia ingin menjadi seperti tentera tersebut. Si bapa berkata kepada anaknya,

"Bolehkah kamu menjadi seperti tentera itu?"

Beberapa tahun kemudian, si anak pergi merantau meninggalkan keluarganya. Bertahun lamanya dia berusaha menjadi seperti tentera yang dilihatnya ketika kecil dahulu. Akhirnya bapanya jatuh sakit. Ketika nazak, si anaknya pulang. Namun kepulangannya pada hujung nyawa bapanya. Pantas si anak mengajar kalimah syahadah kepada bapanya lalu bapanya mengikuti kalimah suci sambil tersenyum. Akhirnya bapanya pergi mengadap Ilahi sambil tersenyum.

Selesai menguruskan jenazah bapanya, imam masjid yang merupakan sahabat baik arwah bapanya memberikan sepucuk surat dan sebatang anak kunci kepada anak.

"Ini milik bapamu yang telah mengamanhkan kepadaku agar memberikan kepadamu apabila dia meninggal dunia," Si anak menerima dengan berat hati.

Selepas seminggu kemudian, si anak pulang ke rumah keluarganya lalu membuka laci meja kerja bapanya. Didapatinya terdapat sebuah diari. Si anak membuka surat yang diterimanya. Tertera perkataan yang pernah diungkap kepada bapanya ketika dia kecil lagi. Dibuka diari bapanya lalu didapati tulisan bapanya menceritakan saat si anak lelaki yang dibawa ke pancaragam tentera, saat anaknya mencapai kejayaan demi kejayaan dan pada muka surat akhir sekali tertera perkataan....

ANAKKU, SESUNGGUHNYA ENGKAU MEMBANGGAKAN BAPAMU DENGAN KEJAYAANMU, TETAPI BUKAN HARTA WANG RINGGIT YANG BAPAMU INI PINTA, TETAPI CUKUPLAH HANYA SEPOTONG DOA MENDOAKAN AGAR BAPA SENTIASA AMAN DIDUNIA DAN DI AKHIRAT KELAK...............


Salam muhibbah kepada anda semua para pembaca n pengunjung. Kisah di atas merupakan kisah benar. Kisah pengorbanan bapa tanpa meminta balasan. Hanya meminta anaknya menjadi apa yang diinginya. Kini anaknya merupakan salah seorang tokoh usahawan yang berjaya.

Sahabat dan para pengunjung sekelian, setiap apa yang kita kerjakan selama ini jarang kita mendapat halangan dari ibu bapa kita. Sebut je apa bidang yang kita nak? Fotografi(sebab saya minat fotografi), bisnes, komputer dan apa sahaja tidak pernah kita dapat halangan dari ibu bapa kita. Kebanyakkannya kita mendapat sokongan dari ibu bapa secara terang-terangan atau secara diam. Ada mak bapak halang? Ada halang, halang dari buat benda-benda yang tak berfaedah tu adalah. Hoi Yob,dah benda tak ada faedah, confirm la mak bapak ko halang, tapi kita je yang kepala batu, nak jugak buat, bila dah kena padahnya, sape yang susah hati? Mak bapak jugak yang susah hati. Kita? Ala esok-esok leh wat lagi. Sabor jelah

Ceburilah apa bidang yang kita ingini, asalkan ianya memberi manfaat kepada kita. Dunia Islam kini bukan seperti zaman dolu-dolu. Buek apo ekau nak angkek bosi?nak poie boporang ko?Zaman lo ni bukan zaman porang pakai bosi. Zaman la ni porang pakei otak, sapo pandai, naik la dio sampei atas nun. Kalau tidak, duduklah ekau bawah nun samapi tuo bangko. Moh la kita pakat-pakat jadi fighter yang bijak berfikir memikirkan gerak langkah. Caranyo camno? Tunggulah sambungannya bila eden sompek maso nak meng'update' blog eden ni. Eden bokorjo yo.

Salam ceria sumo. Moga ekau sumo borsomangat nak jadi fighter.

Siapa yang menentukan kejayaan anda???

on Sunday, April 3, 2011
Seorang ayah hanya mampu sekadar menegur dan menasihati anak anak mereka ke arah kebaikan dalam kehidupan. Namun pilihan mestilah di lakukan oleh anak tersebut.
Anak yang selalu mendengar nasihat ayah dan ibu tidak akan rugi dalam kehidupan. Namun anak anak yang tidak mengendahkannya akan sedar, selalunya apabila sudah terlambat.
Masa tidak pernah menunggu sesiapa. Begitu lah jugak ayah dan juga ibu, masa kian berlalu, apa jua yang di sayangi dalam dunia ini tetap akan di tinggalkan jua.
Namun tidak ada seorang ayah dan ibu ingin melihat anak anak mereka meneruskan kehidupan dalam kelekaan hidup.

Begitulah juga nasihat ibuku terhadap diriku ini,'Ingat, ibu dan ayah tidak akan menongkat langit untuk melihat anak anak mereka berjaya dalam kehidupan.'
Sungguh tepat kata kata ibu ku itu...

Pepatah orang tua jangan di tinggalkan:
Berakit rakit kehulu,
Berenang renang ke tepian,
Bersakit sakit dahulu,
Bersenang senang kemudian





Salam motivasi kepada anda semua. Sudah baca petikan diatas? Kalau sudah, pastikan diri anda sedia untuk bergerak ke hadapan. Kalau belum, baca dahulu ye.

Sejak kecil lagi kita sering dinasihati, ditegur oleh ibu bapa kita mengenai sesuatu yang mungkin membawa keburukan atau sokongan untuk sesuatu yang membawa kebaikan. Namun, pernahkan kita endah dengan teguran mereka? Tidak sehingga kita menerima padahnya. Ya wahai kawan-kawan, bukan sekali kita tidak mengendahkan teguran ibu bapa kita, tetapi banyak kali. Tak percaya? cuba ingat kembali masa sekolah dahulu. Mak ayah suruh kita belajar, tetapi apa yang kita buat? main je kejenye kan? Tak perlu la nak menafikan semua. Kita semua sama sahaja masa zaman sekolah dahulu. Tetapi apabila kita meningkat remaja, makin menjadi perangai kita sehinggalah suatu masa baru kita sedar bahawa setiap teguran ibu bapa itu tujuannya untuk menjadikan kita seorang manusia yang berjaya kemudian hari. Sedarlah wahai kawan-kawan dan para pembaca sekelian. Bukan ibu bapa yang menentukan siapa kita pada masa hadapan, tetapi kita yang menentukannya. Setiap ibu yang melahirkan, menyusukan, membesarkan kita, setiap bapa yang memanjakan, melindungi kita semuanya tahu peribadi anak. Cuma adakalanya mereka halang kerana perkara itu tidak bersesuaian dengan anak dan tidak memberi manfaat, malah memberi kemudaratan. Ingatlah wahai para pembaca semua, jasa ibu bapa tak akan dapat kita balas walaupun segunung intan permata kita longgokkan dihadapan mereka. Tetapi mereka hanya mahu kita balas dengan kejayaan kita dalam hidup, pelajaran dan kecemerlangan masa hadapan kita.


Seorang anak pernah memberi sekeping surat kepada ibunya ketika ibunya sedang membasuh pinggan di dapur...

"Surat apa ni?"
"Ni senarai upah yang kawan dapat sekiranya dia membantu ibunya di rumah"

Basuh pinggan: RM 5.00
Kemas rumah: RM 10.00
Basuh baju: RM 10.00
Jaga adik: RM 15.00
Sidai dan angkat pakaian di jemuran: RM 10.00

JUMLAH SEMUANYA: RM 50.00 sebulan.

Si ibu terdetik hatinya. Lalu dipandang pada anaknya dengan penuh kelembutan.

"Nanti ibu beri jawapan pada abang esok hari......"

Keesokan harinya,ketika si ayah sedang duduk membuat kerja pejabat di ruang tamu, si ibu memberi 2 pucuk surat pada anak. Pada sampul surat tersebut, tertera perkataan ibu dan sepucuk lagi tertera perkataan ayah. Si anak membuka surat ibunya dahulu.

Mengandungkan anda: PERCUMA
Menahan sakit menendang dalam kandungan: PERCUMA
Melahirkan anda: PERCUMA
Menyusukan anda: PERCUMA
Menjaga anda: PERCUMA
Membesarkan anda penuh sihat: PERCUMA
Menjaga ketika sakit: PERCUMA

JUMLAH SEMUANYA: PERCUMA setiap anak

Si anak mula terasa bersalah. Lalu dibukanya surat bapanya pula.

Menjaga anda: PERCUMA
Membesarkan anda penuh sihat: PERCUMA
Menjaga ketika sakit: PERCUMA
Menyekolahkan anda: PERCUMA
Memberikan pelajaran kepada anda: PERCUMA
Memberi dan menjaga makan pakaian anda:PERCUMA

JUMLAH SEMUANYA: PERCUMA setiap anak

Si anak meluru mendapatkan ibu dan bapanya di dapur lalu memohon maaf sambil menangis. Sesungguhnya setiap ibu dan bapa tidak pernah meminta balasan wang ringgit mahupun harta dari anak, tetapi bagi mereka cukuplah hanya dibalas dengan kejayaan sahaja.....



YA ALLAH, AMPUNILAH DOSAKU, DOSA KEDUA IBU BAPAKU, DOSA GURU-GURUKU YANG TELAH MENJAGA, MEMBESAR, MENDIDIKKU DARI KECIL HINGGA DEWASA. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG..... AMEEEEEN

P.U.B......

on Friday, February 25, 2011
Untuk berjaya???Apa mudahnya????


Salam kepada semua pembaca, semoga anda dirahmati olehNya, dan semoga anda sentiasa berada dalam keadaan yang ceria selalu.

Kini seringkali kita tengok kejayaan artis-artis Malaysia yang 'berjaya' menempah nama di mata masyarakat. Macam-macam'peel' yang berjaya. Ada yang menangis,ada yang melompat dan ada pulak yang menjerit. Wah, bukan main seronok ye korang berjaya. Walau bagaimana pun, untuk berjaya sebenarnya mudah. Bukan susah seperti yang dikatakan sesetengah orang. Kalau yang gagal tu kata "Dah nasib aku," ada baiknya pagi penampor sikit. Hoiiii, ko gagal sebab ape? sebab ko malas, malam-malam pegi melaram motor, duit nak isi minyak pun pau mak. Makan pun bapak ko tolong kasi, bila gagal, itu yang ko cakap. Nah, hambik ko ubat 'denggi malas' satu inject. Teringat pulak kata-kata Dr. Tuah Iskandar dalam bukunya "bersungguh dan tak bersungguh sama saja penatnya"

Ramai yang tak sedar bahawa untuk berjaya mereka perlu melakukan beberapa step yang sering dirasakan remeh temeh. Antara salah satunya ialah berfikiran positif. Ramai yang berjaya mempunya pemikiran yang positif. Dalam Al-Quran , Allah Taala telah mengatakan bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka. Nah, ini janji Allah, bukan janji sebarang janji. Janji yang memang jamin dah tepat dan tak pernah mungkir. Mereka tidak berfikiran negatif terhadap sesuatu baik dalam perniagaan, pekerjaan lebih-lebih lagi dalam pelajaran. Kini ramai orang yang mempunyai pemikiran negatif berbanding mereka yang mempunyai pemikiran positif. Antara contoh-contoh mereka yang mempunya pemikiran positif ialah Tuan Guru Nik Abd Aziz, Raja Gula Malaysia Robert Kuok, Pengarah Motivasi Alihan Pelajar Prof. Dr. Tungku Asmadi, dan ramai lagi tokoh yang terkenal di Malaysia. Nak tokoh yang diluar negara? Nah terpampang segar dalam minda Bill Gate, pemilik Microsoft yang merupakan antara orang yang terkaya di dunia. Mengapa mereka berjaya? Kerana mereka mempunya pemikiran positif. Pemikiran mereka tidak berfikiran negatif sedangkan kita sering berfikiran negatif.

Untuk berjaya, apa mudahnya??? Banyaklah berdoa kepadanya dan sentiasa berusaha dengan kuat dan gigih. Kenapa doa dan usaha kena seiring? Contohnya kita ambil begini. Bayangkan kereta itu kita ibarat usaha manakala kereta itu ibarat doa. Kalau tak ada minyak, jalan tak kereta tu? mampuih tak jala, manakala kalau ada minyak tak ada kereta, apa nak buat? mandi? silap haribulan tercucuh api kat baju terbakor ko. Jadi, usaha dan doa kena seiring. Baru ada berkatnya. Kalau sesuatu perkara tu tak ada keberkatan, kalau cantik macam mana pun, haram orang nak beli. Sampai berulat pun dok tersebek kat situ. Sebab apa? berkat tu tak ada, tak terasa nikmat menggunanya.

Kata orang zaman dulu-dulu. kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. Kini kita ppulak yang kena pecahkan pembekuan minda kita. baru nampak peluang untuk berjaya. Take care everybody, moga kita mendapat kejayaan dan merancang strategi untuk berjaya. Salam Motivate

Syukur Selamat Sampai Di Tanah Air

on Saturday, February 19, 2011
Salam, sekian lama tak meng'update' blog ni,akhirnya baru ada kesempatan untuk buat. Sekian lama sebelum ni ada di Mesir dan internet putus gara-gara rusuhan rakyat terhadap pemerintahan Hosni Mubarak, kini dah samapai di tanah air, baru ada ruang untuk melakukannya.

Pelbagai ceritera yang timbul mengakibatkan pelbagai spekulasi mengenai keadaan di Mesir. Kepulangan semua pelajar Malaysia ke tanah air ditanggung oleh kerajaan kini sudah selesai. Dan sekarang menunggu green light dari kerajaan Malaysia untuk pulang ke Mesir. Alhamdulillah...

Kini nak mem'blogging' tak ada idea, jadi kepada para follower harap bersabar ya. Ok. Salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...