Sedarlah wahai kaum isteri,ibu-ibu,suami,ayah-ayah.......

on Friday, November 12, 2010
Hukum Isteri Meleteri Suami ......


" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter isteri kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.


Kalaulah sang isteri tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya sang isteri menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.


Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.


Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.


Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.


Kebelakangan ini juga,banyak kes-kes penceraian berlaku yang mana anatara sebabnya isteri tidak menghormati suami dan pelbagai lagi yang meruntuhkan institusi rumah tangga yang mana mendirikan rumah tangga itu diibaratkan mendirikan masjid.


Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.


Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.


Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yangkebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.


Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "


Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "


MENGHERDIK


Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.


Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.


Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekaligus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.


Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.


Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandangkepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "


Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.


Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapijuga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satujihad.


Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.


Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi hakmilik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.


Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.


Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.


Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari tadi? "


Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.


Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.


Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.


Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.


Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.


Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "


Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.


Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .


SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.


TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkansemua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.


WASSALAM..
on Sunday, August 8, 2010
APA, KENAPA, BAGAIMANA, SIAPA AKU DI MUKA BUMI INI….AL QURAN SUDAH ADA JAWAPANNYA



1. SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?
” Dan (kenangilah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di muka bumi.” ( QS. Al-Baqarah 30 )



2. BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH?
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka;(QS : An-Noor-55)



3. KENAPA AKU DICIPTAKAN?
”Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (QS : Adz-Dzaariyat 56)

” Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan(yang mempunyai) arasy yang mulia” (QS: Al-Mukminun 115-116)



4. APAKAH TUJUAN HIDUPKU?
“Katakanlah: solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Semesta Alam” (QS: Al-An’am)



5. APAKAH ITU KEBENARAN?
“Yang demikian ialah kerana Allah itulah yang benar (al-Haq) dan segala apa yang mereka sembah selain dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”
(QS; Luqman 30)



6. KALAU BETULLAH ITU KEBENARAN…KENAPA AKU TIDAK NAMPAK KEBENARAN?
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) hijab (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan hijab (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka ( pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu,, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).(QS; Yaasin 9 )



7. AKU INGIN MENJADI ORANG YANG BERJAYA…..TAPI…SIAPAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA BERJAYA?
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, yaitu mereka yang khusyuk dalam shalatnya, Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. (QS : Al-mukminun 102 )

Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan
(QS : Al-Ahzab 71)



8. OK…KALAU BEGITULAH CARANYA UTK MENJADI ORANG BERJAYA, APA YANG PATUT AKU BUAT?
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam itu sepenuhnya.” (QS :Al-Baqarah)



9. KENAPA AKU MASIH RAGU-RAGU DENGAN AYAT2 ALLAH?—(setiap baris ayat Al-Quran wajib diterima dan diamalkan sebagai seorang muslim.)
“Diturunkan al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
(QS : al-Mukminun 2)



10. TAPI, KADANG-KADANG AYAT2 ALLAH TIDAK MEMENUHI KEMAUANKU.
“Dan kamu tidak dapat menentukan kemauan kamu kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah” (QS :At-Taqwir 29)

” Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS :Al-Baqarah 216)



11. AKU BANYAK MENJADIKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN SEBAGAI PENGHIBUR HATIKU, MEMBUATKAN HATIKU GEMBIRA DAN TENANG.

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, Ketahuilah dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.(QS :Ar-Rad 28)

” Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati AllahYang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan (yg Menyesatkannya) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya” (az-Zukhruff:36)



12. AKU JUGA MENGAMALKAN APA YANG DISURUH, TAPI AKU JUGA CENDERUNG MEMBUAT MAKSIAT.
Jika kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya musnahlah langit dan bumi dan penghuni-penghuninya.
(QS ; Al- Mukminun 71)

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (QS: At-taubah 42)



13. AKU MEMPUNYAI MISI BAHWA UTK MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA, HIDUPKU MUNGKIN TIDAK ‘HAPPY’ DAN MENYUSAHKAN.
“Kami tidak turunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi bagi peringatan bagi orang yang takut (pada Allah)
(QS : Thahaa 2-3)

“Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi rahmat kepada orang-orang yang beriman”(QS :Al-Isra’ 82)



14. GEMBIRAKAH AKU JIKA AKU MENJADI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH?

. “Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman”
(QS : Ali-Imran 139)



TIADA NI’MAT YANG PALING BESAR MELAINKAN IMAN & ISLAM DAN TIADA ANUGERAH YANG PALING AGUNG MELAINKAN AL-QURAN
on Sunday, July 25, 2010
NAK KONGSI PONING CUBO JAWAP NI!!!

1. Mana asal Ilmu?
2. Ilmu pertama yang wajib dituntut
Banyak orang Islam lalai. Berlomba-loma mencari ilmu yang tidak wajib, tapi justru lalai dengan yang wajib (fardhu ‘ain)

Mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim, dan orang yang meletakkan ilmu pada selain yang ahlinya bagaikan menggantungkan permata mutiara dan emas pada babi hutan,” ucap Rasulullah saw sebagai disampaikan dalam HR. Ibnu Majah

Dalam sebah hadits lain, Rasulullah bersabda. “Barangsiapa yang kedatangan ajal, sedang ia masih menuntut ilmu, maka ia akan bertemu dengan Allah di mana tidak ada jarak antara dia dan antara para nabi kecuali satu derajat kenabian.” (HR. Thabrani).

Mencari ilmu adalah amal yang mulia dan terpuji dalam Islam. Sebab dengan ilmu-lah seseorang dapat menghindari larangan Allah, menjalankan perintah-Nya dan mengetahui mana yang haq dan mana yang bathil. Karena itulah, dalam banyak hadits disebutkan, para malaikat selalu melindungi orang-orang yang sedang menuntut ilmu. Dan kelak di hadapan Allah mereka mendapat kemuliaan yang hanya terpaut satu derajat dengan para nabi.

Mencari ilmu merupakan kewajiban bagi setiap Muslim. Akan tetapi, akhlaq mencari ilmu kaum Muslim berbeda dengan kaum yang lain. Orang mukmin, perlu mengetahui adab-adabnya, sehingga ilmu yang diperoleh berbarakah dan mendapatkan ridha dari Allah Ta’ala. Berikut, beberapa adab yang perlu diperhatikan oleh para penuntut ilmu.

1. Ikhlas

Sabda Rasulullah Shallallah Alaiahi Wasallam (SAW),”Sesungguhnya segala perbuatan itu tergantung niatnya…” (Riwayat Bukhari). Imam Nawawi menyatakan bahwa para ulama memiliki kebiasaan menulis hadits tersebut di awal pembahasan, guna mengingatkan para pencari ilmu agar meluruskan niat mereka sebelum menelaah kitab tersebut.

2. Mengutamakan Ilmu wajib, baru ilmu lain

Handaknya penuntut ilmu mengutamakan ilmu yang hukumnya fardhu ain (wajib yang tidak boleh diganti orang lain) untuk dipelajari terlebih dahulu, khususnya masalah agama. Semisal masalah akidah, halal-haram, kewajiban yang dibebankan kepada muslim, maupun larangannya. Sebab itulah, orang tua harus mengajarkan hal itu kepada anak mereka, hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala, yang artinya,”Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (At Tahrim [66]:6 ).

Setelah mempelajari ilmu yang hukumnya fardhu ain, boleh mempelajari ilmu-ilmu yang fardhu kifayah, seperti mengahafal Al Qur`an dan Hadits, nahwu, ushul fikih dan lainnya. Selanjutnya ilmu-ilmu yang bersifat sunnah, seperti penguasaan salah satu cabang ilmu secara mendalam.

3. Meninggalkan Ilmu yang Tidak Bermanfaat

Tidak semua ilmu boleh dipelajari, karena ada ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat, atau bahkan ilmu yang bisa menjerumuskan orang yang mempelajarinya kepada keburukan. Oleh sebab itu, dilarang bagi seorang Muslim mempelajari sihir, karena bisa menjadi jalan menuju kekufuran. Firman Allah, yang maknanya, “Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman, padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut...” (Al Baqarah [2]: 102).

4. Menghormati Ulama dan Guru

Rasulullah (SAW) bersabda,”Barang siapa menyakiti waliku, maka Aku telah mengumandangkan perang kepadanya.” (Riwayat Bukhari). Imam As Syafi’i dan Abu Hanifah pernah mengatakan,”Jika para fuqaha bukan wali Allah, maka Allah tidak memiliki wali.” Begitulah akhlaq mulia Islam menghormati guru-guru kita.

5. Tidak Malu dalam Menuntut Ilmu

Sifat malu dan gengsi, bisa menjadi penghalang seseorang untuk memperoleh ilmu. Oleh karena itu, para ulama menasehati agar kedua sifat itu ditanggalkan, hingga pengetahuan yang bermanfaat bisa didapat. Aisyah (RA) pernah mengatakan dalam As Shahih,”Sebaik-baik wanita adalah wanita Anshar, rasa malu tidak menghalangi mereka mencari ilmu.”

6. Memanfaatkan Waktu dengan Baik

Hendaknya pencari ilmu tidak menyia-nyiakan waktu, hingga terlewatkan kesempatan belajar.Ulama besar seperti Imam Bukhari, bisa dijadikan contoh tauladan dalam hal ini. Diriwayatkan bahwa beliau menyalakan lentera lebih dari 20 kali dalam semalam, untuk menyalin hadits yang telah beliau peroleh. Artinya, beliau amat menghargai waktu, malam hari pun tidak beliau lewatkan, kecuali untuk menimba ilmu.

7. Bermujahadah dalam Mencari Ilmu

Para ulama terdahulu, tidaklah berantai-santai dalam mencari ilmu, sebab itulah, saat ini kita bisa memanfaatkan karya-karya mereka yang amat berbobot. Tentu, kalau kita menginginkan memiliki ilmu sebagaimana ilmu yang mereka miliki, maka kita juga harus bersungguh-sungguh, seperti kesungguhan yang telah mereka lakukan.

Ada yang mengatakan kepada Imam Ahmad, saat beliau terlihat tidak kenal lelah dalam mencari ilmu,”Apakah engkau tidak beristirahat?”. Apa jawab Imam Ahmad? Beliau hanya mengatakan,”Istirahat hanya di Surga.”

8. Menjaga Ilmu dengan Menghindari Maksiat

Bagi para pencari ilmu, nasihat Imam Al Waqi’ kepada Imam As Syafi’i mengenai sulitnya menghafal, amatlah berharga. Imam Waqi’ menjelaskan bahwa ilmu adalah cahaya dari Allah, sehingga tidak akan pernah bersatu dengan jiwa yang suka bermaksiat.

9. Mengamalkan Apa yang Telah Diketahui

Karena ilmu dipelajari untuk diamalkan, maka pencari ilmu hendaknya bersegera mengamalkan apa yang telah ia ketahui dan pahami, jika itu berkenaan amalan-amalan yang bisa segera dikerjakan. Ali bin Abi Thalib mengatakan,”Wahai pembawa ilmu, beramallah dengan ilmu itu, barang siapa yang sesuai antara ilmu dan amalannya maka mereka akan selalu lurus.” (Riwayat Ad Darimi).


Fadhilah Ilmu
Itulah rahasia yang telah diberikan Allah atas orang-orang yang berilmu. Dalam sebuah cerita dikisahkan, suatu hari Rosulullah Saw datang ke masjid. Di muka pintu masjid itu beliau melihat setan yang ragu ragu akan masuk. Lalu beliau menegurnya, “Hai setan, apa yang sedang kamu kerjakan di sini ?” Maka setan menjawab, “Saya akan masuk masjid untuk menggaggu orang yang sedang sholat. Tetapi aku takut kepada orang lelaki yang sedang tidur.” Segera baliau menjawab, “Hai Iblis, mengapa kamu tidak takut kepada orang yang sedang sholat menghadap Tuhannya, tetapi justru takut kepada orang yang sedang tidur ?.” Setan menjawab, “Betul, sebab orang yang sedang sholat itu bodoh sehingga mengganggunya lebih mudah. Sebaliknya orang yang sedang tidur itu adalah orang ‘alim, hingga saya kuatir seandainya saya ganggu orang yang sedang sholat itu, maka orang ‘alim itu terbangun dan segera membetulkan sholatnya.” Sebab peristiwa itu maka Rosulullah Saw bersabda, “Tidurnya orang ‘alim lebih baik dari pada ibadahnya orang bodoh.”

Dalam sebuah hadits lain, Nabi bersabda, "Duduk di sisi 'Ulama selama satu jam lebih kugemari, dibanding ibadah selama 1000 tahun."

Nabi Muhammad S.A.W juga pernah bersabda dalam haditsnya, “Memandang wajah seorang 'alim adalah ibadah.
on Thursday, July 22, 2010
SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DI DALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah –
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam –
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

**Dendam ni sebenarnya suatu sikap yang kerap menjadi anak panah syaitan yang kategori utama, jadi, siapa yang ade sifat pendendam di dalam hatinya,belajarlah buang sikap ni.

3. Hasad dengki –
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.

4. Bakhil –
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk yang lain.

5. Tamak –
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga...lagipun orang tamak selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar –
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja)

**Selalunya banyak orang tak sabar dengan apa yang diuji oleh Allah dengan ujian, namun walau bagaimanapun,sikap tidak sabar ini akan menjerumuskan ia ke dalam kesusahan, orang yang bersabar akan merasakan ianya sedikitpun tidak susah walaupun berat di mata orang.

7. Ego –
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak –
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada...

9. Cinta dunia –
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah. ..

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

**Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka Dengan dunia ... buruklah padahnya...

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi."


Bermulanya cuti sem ni,banyak perkara yang dirancang tetapi baru suku sahaja yang berjalan,perancangan asal untuk belajar akhirnya tergendala apabila ramai para sahabat dari Bumi Anbiya ini datang melancong melawati bumi asal-usulnya As-Syahid Syeikh Hassan Al-Banna dan Syeikh Muhd Abduh ra. Sebut mengenai kedua-dua syeikh agung ini,pasti sesiapa yang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia mengetahui serba sedikit mengenai Syeikh Muhd Abduh ra.
Baru-baru ini ramai kekawan dari Mansoura datang melancong ke Alexandria dan Damanhur. Nak tak nak kena la pergi ambil walaupun jauh dari rumah. Pengalaman menjadi guide pelancong kali ni memang tak akan dilepaskan. Setelah bertolak dari Damanhur menaiki kereta api awam yang berharga LE3 sahaja, tetapi kereta apinya kena bersabarlah memandangkan tiket harganya murah sahaja, jadi naiklah kereta api cap ayam kalau dalam bahasa orang sini katanya kereta api A'di. Planning asal nak naik kereta api first class sebab kawan seorang tak pernah naik lagi,tapi bila tahu harga tiket jauh mahal dari kereta api A'di, terus batal niat tersebut. Sepanjang perjalanan ke sana, habis kerusi penuh dengan remaja, orang tua, wanita dan budak-budak Arab Mesir duduk. Pusing punya pusing cari tempat duduk tak jumpa juga,akhirnya kenalah berdiri sejam. Sepanjang perjalanan, permandangan memang best, lain dari pemandangan sekiranya menaiki van tremco. Walaupun bising sedikit tapi oklah juga dari naik van. Setelah sampai di stesen kereta api Alexandria, kelihatan beberapa orang kawan sedang tunggu. Bersemangat mereka memandangkan hampir 7 bulan tidak merayau sejak tiba di Bumi Mesir ini. bawalah kami semua ke sana ke mari sehinggalah malam. Puas memang puas tetapi hanya 1 tempat sahaja kami bawa mereka pusing iaitu Manshiyah, tempat dimana terletaknya Kubu Salahuddin Al-Ayubi. Malam selepas maghrib,kami pulang ke Damanhur.


Kubu Salahuddin Ayubbi pada waktu petang,
Gambar pada waktu malam tak sempat ambil,malam lagi cantik


Tugu di Manshiyah,

Mama Abah, Pendorong Kegigihan

on Sunday, June 27, 2010
Pada 30/6/1988, telah lahir seorang bayi lelaki dari rahim Mahani Binti Mohd Haniffah. Anak lelaki tersebut disambut oleh doktor di Hospital Bersalin Pulau Pinang. Suaminya, Ismail Bin Nordin melafazkan kalimah syukur tatkala kelahiran anak lelakinya selamat lantaran sebelum itu dikhabarkan oleh doktor bahawa kelahiran bayi adalah songsang.
Pada tahun 1990, rahim Mahani Mohd Haniffah berisi lagi. Kali ini, berisi dengan anak perempuan. Si abang berseronok kemain,menanti kehadiran adik yang baru. Pada tahun 1991, lahirlah bayi perempuan tersebut tepat pada hari Nuzul Al-Quran.
Tahun demi tahun, kedua anak membesar. Sang abang semakin nakal. Sang adik semakin bijak. Diajarnya pelbagai ilmu kepada mereka berdua agar kelak mudah kemudian hari. Namun si abang lebih minat kepada merenung kejadian sesuatu perkara manakala si adik lebih cenderung kepada minat untuk mengkaji. Sepanjang membesar, seringkali rotan dan cubitan terpaksa diguna, agar kelak menjadi seeorang yang berguna. Akhirnya, timbul suatu sifat didalam diri sang abang, sifat survivor tanpa kenal erti menyerah atau gentar. Sejak kecil dihantar dudk bersama makciknya, hatinya tabah menerima perpiasahan dengan mama abah dan adik kesayangannya. Dipaksa hatinya menerima kehidupan yang mendatang yang akhirnya jiwa survivor itu sebati didalam jiwa. Tidak sedikit pun hatinya mengeluh.
Bertahun demi tahun, berpindahlah sekeluarga ke Kulim, Kedah lantaran suaminya berpindah tempat kerja. Bergembiralah sekeluarga. Membesarlah keduanya anak dengan penuh kerenah nakal terutamanya sang abang. Nakalnya cukup membuatkan hati mamanya risau. Kerenahnya pula sering membuat hati abahnya gusar. Lincahnya membuatkan kedua ibu bapanya resah. Setahun kemudian, demi mengelakkan kedua anaknya menjadi buta Al-Quran, dihantarlah keduanya menerima ajaran di kampung abahnya di Simpang Ampat, Kampung Gadek, bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Ganun. Diajar oleh datuk dan neneknya dengan tegas. Bersama sepupu seramai 8 orang. Libasan rotan tak usak dikata. Berbirat punggung menerimanya. Habis dilastik ayam orang, disebat pula tebu di kebun. Namun, kesemuanya menjadi kebanggaan Hajah Che Chik Binti Yob dan Haji Nordin Bin Abdullah.
Dua tahun kemudian, kembalilah kedua-duanya ke Kedah semula. Membesar dibawah asuhan mama abah. Namun siapa sangka, ajal maut di tangan Tuhan. Pergilah sekian Mohd Haniffah A/L Yusoff, datuk tersayang. Hatinya tabah menerima pemergian datuknya. Hatinya redha, tanpa ditangisi. Didoakan sentiasa datuknya dirahmati.
Kehidupan diteruskan dengan tabah dan cekal. Di sekolah, sering kali dirinya dikutuk lantaran kulitnya yang hampir hitam. Badannya yang kurus dan kecil, sering kali menjadi bulian sesetengah pelajar. Dilawan sudah, namun apalah kudratnya. Namun begitu, pelajarannya meningkat setiap masa. Darjah enam pula menyaksikan bahawa dirinya diperli lantaran kedunguannya dan kelembapannya menangkap pelajaran kelas pertama. Namun siapa tahu, untung dirinya, selesai peperiksaan, dirinya diterima memasuki sekolah berasrama penuh di Melaka. Gembiralah hati ibu dan ayahnya. Melihat anak sulung berjiwa survivor berjaya didalam pelajaran.
Tahun demi tahun, sekolah demi sekolah,pindahlah sang anak ke Maahad Tahfiz Darul Quran wal Qiraat menurut pemintaannya pada tahun 2003 menerima ajaran ilmu agama. Al-Quran dihafal, bukannya mudah. Hukuman diterima tanpa rungutan. Pada tahun 2006, diduduki pula peperiksaan Sijil Mengengah Ugama. Tanpa persediaan apa pun dipaksa dirinnya belajar sehingga akhirnya menjadi Pelajar Lelaki Terbaik Sekolah Swasta SMU 2006.
Tamat SPM, sang anak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia pada tahun 2008 atas permintaan ibu kesayangannya. Berusahalah dia belajar dalam masa yang singkat hanya 3 bulan sahaja sebelum peperiksaan. Akhirnya berkat doa ibu dan abahnya, sang anak lulus cemerlang tanpa disangka. Dinyatakan tujuannya melanjutkan pelajaran di Bumi Mesir. Si ayah terdetik hatinya. Si ibu terdiam memikirkan permintaan anaknya. Namun diturutkan kehendak anaknya belajar di Mesir. Borang dihantar dan segala urusan dibuat bersama adik perempuannya yang turut berjaya ke luar negara. Si abang di dalam bidang Undang-Undang manakala si adik di dalam bidang Perubatan.
Pada 7/7/2009, si abang berjaya mengkhatamkan hafalan Al-Quran 30 juz. Berderai air mata ibunya mendengar si abang berjaya mengkhatamkan hafalannya. Majlis kesyukuran dibuat di sekolah, tanda kesyukuran berjaya mengkhatamkan hafalan Al-Quran walaupun lambat. Sementara menunggu ke Bumi Anbiya, bekerjalah sang abang dan adik bersama kedua ibu bapanya tersayang sehinggalah tiba saat perpisahan adiknya dan keluarga,menerbangkan diri ke Bumi Anbiya menuntut ilmu Perubatan pilihannya. Air mata ibu menitis tanda kegembiraan dan kesedihan. Anak perempuan yang dikandung 9 bulan 10 hari, berpisah dengan keluarga demi menuntut ilmu. Ayahnya pula menabahkan hati, melihat air mata anak perempuannya. Satu-satunya puteri didalam keluarganya pergi jauh menuntut ilmu. Sang abang menghadiahkan sebuah telefon baru, tanda kasih kepada adiknya walaupun tidak selalu ditunjuk.
Berlalu sebulan kemudian, menyaksikan pemergian sang abang ke Bumi Anbiya juga, menuntut ilmu Undang-Undang. Gusar hati sang ibu melihat kesungguhan anaknya mengambil bidang yang jarang diambil orang. Risau ayahnya melihat anaknya menuntut bidang berlainan rakan-rakan anaknya. Satu-satu pelajar yang mengambil bidang Undang-Undang dari ribuan pelajar dari Malaysia.

15 minit sebelum berlepas

"Abang, mama doakan abang berjaya dalam pelajaran,belajarlah bersungguh-sungguh, apa sekali pun bidang, belajarlah, jangan risau mama abah disini, garang mama dahulu mendidik abang menjadi matang, marah mama dahulu tanda sayang mama pada abang, cubitan dan jentikan mama dahulu tanda mama nak yang terbaik buat abang, rotanan mama dahulu kalau abang sakit, hati mama sedih dan rasa bagai disiat-siat, namun semuanya untuk abang, kebaikan abang,"

Itulah kata-kata ibu yang sehingga sekarang berlegar di kotak minda anaknya yang dahulunya nakal, degil, keras kepala.

10 minit sebelum berlepas:

"Abang,ni dari abah, abah tahu dahulu abah garang, selalu rotan abang, tapi semua tu tanda abah sayang kamu, kamu kebanggaan abah, dari kecil lagi kamu selalu membuatkan abah terasa bangga walaupun kamu dahulu nakal, degil, keras kepala, dan macam-macam, namun kamu berlainan, kamu tidak seperti sepupu kamu yang lain, pergilah belajar, abah doakan kamu berjaya, pergilah, jangan dilupa Al-Quran didada, itulah harta pusaka kamu dari abah, abah sayang kamu,"

Itulah pesanan abah yang dahulu garang terhadapnya, berlainan dengan adik-adiknya membuatkan hati anak sulungnya sebak. Hadiah hanyalah sebuah jam yang dipakainya namun amat dihargai anaknya.

5 minit sebelum berlepas:

"Mama, abah, abang minta maaf sekiranya selama ini abang selalu membuat hati mama abah marah, terluka dan sebagainya, abang tahu abang selama ni nakal dan bermasalah, abang minta maaf, cuma abang minta satu je sebagai permintaan abang yang pertama selama ni, abang cuma mahu doa mama abah sahaja, itu sahaja yang abang mahu, tak ada yang lain abang inginkan kecuali doa dari mama abah sahaja. Biarlah itu yang menjadi hadiah buat abag selama ini. Tak perlulah handphone beribuan ringgit menjadi hadiah, Tak perlulah laptop berjenama menjadi hadiah, hanya doa sahaja, teramat mahal buat abang"

Permintaan anaknya dengan sebak. Akhirnya berlepas anaknya juga ke Bumi Anbiya. Moga dirinya terlindung dari segala kesusahan dan kesempitan.



Ismail Bin Nordin itu ialah abah saya, Mahani Mohd Haniffah itu ialah ibu saya. Mohd Haniffah A/L yusoff itu ialah datuk saya. Adik itu ialah Nuzul Furqanni Ismail, adik perempuan saya. Dan abang itulah saya.

Saifuddin Ismail, Damanhour
12.18 pagi
30 Jun 2010

Fikirkanlah

on Friday, April 30, 2010
Sejak berada di bumi perantauan ini, kerap kali terjadi peritiwa yang tidak disangka oleh semua pelajar. Pertengkaran, pergaduhan sering berlaku dimana sahaja. Dan kelmarin, tercetus suatu pergaduhan yang boleh dikatakan agak bodoh. Perlukah kita bergaduh kerana sepatah perkataan? Bukankah pergaduhan itu membawa kepada kerugian? Adakah setiap orang yang bergaduh mendapat wang? Kalau begitu, sudah tentu pekerjaan manusia pada hari ini bukanlah seorang arkitek atau seumpamanya, tetapi pekerjaanya ialah gaduh.
Jelas sudah bahawa pergaduhan membawa kepada kerugian dari sudut tenaga, akhlak dan paling penting, maruah seseorang. Kita bergaduh membuktikan bahawa kita kononnya adalah yang hebat padahal semuanya adalah pinjaman dari Allah Taala. Jika Allah Taala menarik kembali nikmat kekuatan, nescaya semut itu lebih kuat dari kita. Dan ketika itu dimanakah kekuatan yang kita bangga selama ini? Sabda Rasulullah s.a.w

Dari Abu Bakrah (Nufa’i) bin al Harits ats Tsaqafy berkata: Rasulullah saw bersabda, “Apabila dua orang Muslim berhadapan dengan pedang masing-masing maka pembunuh dan terbunuh keduanya sama-sama masuk neraka. Abu Bakrah bertanya, “Ya Rasulullah, yang membunuh jelas masuk neraka tetapi mengapa yang terbunuh juga demikian? Rasulullah saw menjawab, “Karena ia juga memiliki niat sungguh-sungguh akan membunuh lawannya.”
(Bukhari – Muslim)

Mengapakah kita perlu bergaduh sesama kita? bukankah itu merupakan kerugian? dimanakah maruah kita sebagai seorang manusia? jelas sudah bahawa pergaduhan itu membawa kepada kerugian. Bergembiralah syaitan tatkala melihat anak adam bertelingkah sesama mereka. fikirkanlah.

Al-Kisah Si Pelajar Miskin dan Pelajar Kaya

on Tuesday, April 27, 2010
Al-kisah bermula seorang pelajar. Saban hari berkerja dan belajar mencari ilmu dan martabat diri. Pagi ke kuliah, petang berkerja mencari rezeki. Malam pula mentelaah pelajaran. Saban hari, itulah rutin hariannya yang wajib diikutinya. Keseronokan rakan-rakannya yang berjalan kesana kemari hanya mampu didengari sahaja.
Suatu hari, si pelajar miskin terlambat ke tempat kerjanya kerana kelasnya habis lewat. Sehabis sahaja kelas, terburu-buru kakinya melangkah ke tempat kerjanya iaitu sebuah kedai. Setibanya di situ, habis caci maki diterimanya kerana kelewatannya menyebabkan hatinya terguris. Setelah menukar pakaian, dia melaksanakan tugasnya sambil dimarahi oleh ketua dan rakan sekerjanya kerana kelambatannya membuat kerja. Dalam hatinya tidak habis dimohon kepada Ilahi kekuatan dan kesabaran mengharungi kesusahan hidup. Akhirnya pemilik tempat kerjanya datang kepadanya.
"Esok kau jangan datang kerja disini, ni gaji kamu kerja disini, mulai esok jangan kau muncul disini lagi!," tengking ketuanya. Zap, hatinya terguris berdarah. Fikirannya berfikir adakah ini dugaan atau ujian dariNya. Lemah longlai badannya mengemas barangnya lalu melangkah pulang. Setibanya dirumah, sekali lagi dirinya diuji dengan kerenah ahli rumahnya yang sering kali 'menarik muka' tidak berpuas hati sesama ahli rumah, tidak berpuas hati dengan setiap keputusan yang dibuat. Hatinya berkata:
"Allah, apakah yang diingininya lagi?"
Hatinya mendidih namun disejukkan dengan sabar. Perlahan kakinya melangkah ke bilik air mengambil wudhu lalu dia bersolat. Dalam doanya dia menangis, mengadu kepada Ilahi agar diberi bantuan dan kekuatan mengatasi kemelut yang melanda dirinya dan rumahnya. Sedang dia menangis, datang sahabat rapatnya, seorang yang kaya tetapi suka bersederhana dalam kehidupan walaupun pendapatannya sebulan mencecah ribuan, angka yang cukup mewah bagi seorang pelajar. Lalu bertanyalah sahabatnya kepada sahabatnya yang sedang menangis:
"Wahai sahabatku, kenapa kamu menangis?"
Lalu diceritakan kepada sahabatnya segala masalah yang menimpanya. Sahabatnya menangis sekali. Sesudah menunaikan solat Asar, sahabatnya yang kaya pulang kerumah. Sepanjang perjalanan pulang, pelajar kaya tersebut berfikir mengenai nasib rakannya.
Keesokan harinya, pelajar miskin itu mencari kerja untuk membayar sewa rumahnya namun gagal. Pulang dari mencari kerja, dia menemui bendahari rumahnya untuk memohon maaf kerana ketiadaan wang untuk membayar sewa rumahnya. Namun rakannya menjawab:
"Sewa rumah kamu sudah selesai."
Hatinya terkejut? Benarkah apa yang didengarinya. Lantas dia bersujud syukur. Sejak dari bulan itu, sewa rumahnya sentiasa dijaga oleh hamba Allah yang tidak dikenalinya. Setiap bulan, rakannya yang merupakan bendahari rumah memberi kepadanya wang perbelanjaannya sehinggalah dia berjaya menamatkan pelajarannya dengan cemerlang. Namun suatu hari, bendahari rumahnya mengajaknya ke suatu tempat. Setelah bersiap, mereka ke rumah rakannya yang kaya. Setibanya di rumah rakannya, kelihatan beberapa orang sedang membaca Al-quran. sekujur tubuh terbaring di ruang tamu dilitupi kain pelekat lepas.
"Pergilah lihat orang yang menjagamu sehingga kamu berjaya menamatkan pengajianmu," ujar rakannya. Perlahan kakinya melangkah lemah melihat jenazah orang yang membantunya. Tangannya terketat membukam kain yang menutupi jenazah. Alangkah hibanya apabila mendapati orang yang membantunya ialah sahabat baiknya yang kaya, yang meninggal akibat kemalangan. Air matanya gugur.
"Ya Allah. mulianya hatimu sahabat," ucapnya. Jenazah rakannya diurus sehingga selesai. Pada malamnya, ahli bait rumah arwah memberikan kepadanya sebuah diari.
"Ini diari arwah, ada tulisan untukmu," ujarnya lalu pulang. Tangannya membuka lalu dibaca isi kandungnya.
"Inilah sahabatku yang paling baik, moga Allah meletakkannya di kalangan Anbiya, Syuhada, Solihin." ujarnya sambil menangis.


Sahabatku,
Susah aku ingin aku luahkan bahawa hatiku selama ini menyayangimu umpada adik, susahmu susahku jua,
Sahabat,
Doakanku tatkala diari ini sampai kepadamu, sesungguhnya selama ini aku merahsiakan banyak perkara darimu, termasuk sakitku ini. Sesungguhnya, aku tahu bahawa aku tidak mampu menghadapi kesakitan penyakitku ini, namun didalam hatiku, aku berniat untuk membantumu mencapai kejayaan.
Sahabat,
Doakan aku tenang, sampaikanlah salamku kepada sahabat yang lain, dan doakanlah aku disana, jangan ditangisi pemergianku tetapi menangislah kerana Ilahi kerana itulah sebaik tangisan,

Sekian, Sahabatmu.

Cekalkah Kita?

on Wednesday, April 14, 2010
Tepat jam 9 pagi, saya ke kampus untuk mengikuti kuliah Asas Sistem Perundangan yang disampaikan oleh seorang pensyarah. Setibanya saya disana, hampir 50% kerusi penuh dengan pelajar Arab. Setelah mengambil tempat, datang seorang rakan Arab saya, Syalabi lalu duduk di sebelah saya bersama dengan dua orang pelajar Yaman dan Rusia. Kami berbual dan ketahui sahajalah kita orang Malaysia ni, Bahasa Arab agak lemah, jadi faham tu tak banyaklah. Mujur seorang pelajar Yaman tu fasih bahasa Inggeris. Pabila doktar datang mengajar, kami membuka buku sementara ada beberapa orang pelajar yang lain leka berbual. Masya Allah, dugaan sungguh bagi kami yang hendak belajar. Depan kami, orang berbual, kiri kami orang tidur, kanan kami orang berbual, belakang kami bunyi lagu Arab, Masya Allah. Jenuh mulut doktor minta diam, habis sahaja kelas menderu semua keluar. Yang malangnya, kita yang kecil di terhimpit pula. sabor jelah, keluar kelas terus ke library. Alhamdulillah ada tenang sikit walaupun ade bising sikit. Pulang dari library, buka email, ada pula mesej memaki hamun kita, mengata macam-macam, Ya Rabbi, letih bercampur penat bercampur tension bercampur marah segalanya ada.

Ya para pembaca, sabda Junjungan Mulia Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang kuat ialah orang yang mampu menahan kemarahan,"

Bagaimana kita sekiranya itu yang berlaku? Sudah tentu kita balas memaki hamun semuanya yang tidak sepatutnya kita ucap. Bergembiralah syaitan Laknatullah apabila melihat anak panahnya memasuki saluran darah kita dan akhirnya membutakan hati kita dari bersabar dan berfikir dengan waras.

Can we be patient?

on Sunday, April 11, 2010
Pagi masa balik dari kelas Fiqh Syafie, kelihatan beberapa orang pelajar lelaki Arab mengerumuni doktor untuk bertanyakan soalan. Turut terselit diri ini yang kecil di celah bangsa Arab yang besar. mereka mengerumuni doktor sehingga ke bilik pensyarah, dan akhirnya tinggallah dua orang pelajar yang mengekori doktor ke biliknya, iaitu diri ini yang kecil dan seorang pelajar Azbejan. Kami mengajukan soalan kepada doktor mengenai persoalan mengenai fiqh. Setelah mendapat jawapan dari doktor, kami berpisah. Ternyata jawapan dari doktor tidak memuaskan lagi hati ni. Lantas kepala ini terlintas satu tempat yang boleh dijadikan tempat rujukan, Mubarak Public Library bersebelahan dengan Kuliah Perniagaan Universiti Iskandariah. Setibanya disana, terpaksa pula membayar LE2 untuk masuk. Bayar sahajalah, dah terpaksa. Masuk sahaja di library, lagi haru pula jadinya. Beberapa pelajar perempuan dari Kuliah mana entah bising macam pasar. Tak mengapa lagilah, tetapi kesian juga pada lelaki yang tengah buat tesis. Tension semacam sahaja, kita pun bukalah buku. Tak sampai setengah jam buka buku, lagi kuat pula ketawa. yang hairannya makcik yang jaga tu pun tumpang sekaki. Nauzubillah, kesian pula pada ammu tu. Last sekali ammu tu naik angin halau semua keluar pelajar perempuan tu.

Ya para sahabat sekelian, bagaimana jika perkara sedemikian berlaku kepada kamu? Sanggupkah kamu menahannya dalam keadaan kamu tertekan, sedangkan kita tertekan pun habis semua barang dilemparnya. Benar sabda Rasulullah S.A.W
"Orang yang kuat ialah orang yang mampu menahan marah"

on Saturday, April 10, 2010
Pertama kali menjejaki kaki ke Bumi Rasyid, perkara pertama yang menerjah fikiran saya ialah budaya masyarakat. Ternyata budaya masyarakat disini memuliakan tetamu walaupun bukan di rumah. Masih saya ingat ketika kami menuruni coster (bas pendek) di Edefinu, Behiera, beberapa orang kanak-kanak Arab datang mengerumuni kami bersalaman dengan kami. Ketika itu kami berada di Empangan Lama Mesir. Mereka bertanya khabar kami, dari mana, dan sebagainya. Ternyata kehadiran kami pelajar Malaysia begitu dialukan tanpa diminta. Kemudian kami ke empangan untuk menikmati pemandangan. Ternyata beberapa orang pemuda Arab remaja datang membawa motosikal mini. Pada mulanya kami ingat ianya untuk disewa, setelah dipaksa mencuba, kami mencuba menaikinya. Rupanya tanggapan kami silap. Ianya bukan untuk disewa, percuma sahaja. Masya Allah, kami bertanya kenapa? Jawab mereka hanya satu sahaja

"Kami memuliakan tetamu kerana Allah, walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kamu adalah saudaraku seagama dan wajib ke atasku memuliakanmu,"

Masya Allah, sampai begitu sekali mereka memuliakan tetamu. Akhirnya kami pulang setelah masuk waktu Zohor.
Begitu ya para pembaca, adat orang Mesir memuliakan tetamu. Budaya kita bagaimana???

Salam Maulidur Rasul di Bumi Anbiya'

on Thursday, February 25, 2010
Assalamualaikum kepada semua pembaca, syukur kepada Allah Taala dengan limpah kurniaNya memberikan kepada kita peluang untuk menikmati nikmatNya yang tak terhingga. Bersyukur juga atas nikmatNya yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam yang merupakan akidah dan pegangan kita semua.
Firman Allah Taala didalam Al-Quran Al-Karim, dalam surah Al-Imran, Juzu' tiga, ayat ke 144 berbunyi:
"Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul, sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak merugikan Allah sedikit pun, Allah akan memberikan balasan kepada orang yang bersyukur."

Sering kita dengar ayat ini dibacakan pada hari maulidur Rasul yang berlaku setahun sekali memperingati hari kelahiran seorang rasul yang bergelar rasul Ulul Azmi dan penutup semua rasul (Khataman Nubuwwah). Sejak kecil lagi kita sering dicerita oleh ustaz-ustaz di sekolah, di masjid, surau, bahkan ibu bapa kita juga sering menceritakan kisah mengenai Rasul terulung, Muhammad Rasulullah s.a.w. kepada kita semua. Kita sering melihat sambutan maulidur Rasul yang dibuat oleh pihak kerajaan mahupun individu tersendiri di rumah, Balai Islam negeri mahupun di masjid. Persoalannya, sejauh manakah kita mengenali Nabi kita? Sedalam manakah cinta dan kasih kita kepada Rasulullah? Jika ditanya kepada ibu bapa di Malaysia, sejauh manakah kamu mencintai Nabi, sterotaip yang majoriti digunakan ialah:
"Saya sayang Nabi dengan berselawat kepadanya,"
Ya, inilah jawapan majoriti penduduk Malaysia yang rata-ratanya mengaku Islam, tetapi sayang seribu kali sayang. Kita mengakui yang kita mencintai Nabi, mengakui yang kita berselawat ke atas Nabi pada hari Maulidur Rasul, tetapi mengapakah kita tergamak menconteng arang di wajah mulia Rasulullah s.a.w kita? Benar ada hadith mengatakan barang siapa yang berselawat sekali ke atas Nabi, maka Allah Taala akan berselawat sepuluh kali ke atasnya. Benar dan tidak dinafikan lagi tetapi, saya tahu persoalan di fikiran para pembaca:
"Apakah yang kami lakukan sehingga dikata sanggup menconteng arang di wajah mulia Rasulullah?"
Maka, jawapan saya, bukan untuk segelintir pihak, tetapi untuk semua pihak termasuk diri saya sendiri. Jawapannya:

  1. Kita mengatakan yang kita Islam tetapi suruhan sembahyang lima waktu yang asalnya 50 waktu, tetapi atas kasih sayang Rasulullah terhadap kita, Baginda sanggup berulang-alik berjumpa dengan Allah Taala untuk mengurangkan jumlah tuntutan solat sehingga lima waktu sehari semalam kita abaikan sesuka hati.
  2. Kita mengaku kita Islam tetapi akhlak kita tidak melambangkan ciri kita sebagai seorang Islam sedangkan Rasulullah s.a.w terkenal dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.
  3. Kita mengaku kita Islam sedangkan pemakaian kita langsung tidak menutup aurat. Anak isteri terdedah kepala, lengan, dan anggota badan. Dan kita sendiri adakalanya berseluar pendek ketika keluar.
  4. Kita mengaku kita beragama Islam sedangkan urusan seharian kita tidak berdasarkan Islam. Rasuah, riba berleluasa sedangkan kita tahu ia adalah haram.
  5. Kita mengatakan bahawa kita sekeluarga Islam sedangkan kita membiarkan anak-anak lelaki dan anak-anak gadis kita bergaulan bebas, berpelukan di khalayak ramai mengalahkan belangkas bercengkerama di malam hari.
  6. Kita bangga apabila kita mendermakan wang untuk membuat konsert, pelbagai pesta hiburan sehingga heboh satu kampung sedangkan ramai pelajar miskin yang ibu bapanya terpaksa bergolok gadai menjual tanah dan harta,berhempas pulas mengerah keringat membanting tulang empat kerat untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran.
Ya. Inilah dia realiti yang berlaku pada hari ini. Jikalau Baginda Rasulullah s.a.w masih hidup dan melihat keadaan kita, pasti Rasulullah mengalirkan air matanya. Jikalau Saidina Umar r.a masih hidup, sudah tentu kita mati dibunuh olehnya kerana melukakan perasaan dan hati Rasulullah s.a.w. Adakah ini yang dinamakan cinta? Fikirlah sendiri betapa besar dosa kita mengabaikan tanggungjawab kita selama ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...