Al-Kisah Si Pelajar Miskin dan Pelajar Kaya

on Tuesday, April 27, 2010
Al-kisah bermula seorang pelajar. Saban hari berkerja dan belajar mencari ilmu dan martabat diri. Pagi ke kuliah, petang berkerja mencari rezeki. Malam pula mentelaah pelajaran. Saban hari, itulah rutin hariannya yang wajib diikutinya. Keseronokan rakan-rakannya yang berjalan kesana kemari hanya mampu didengari sahaja.
Suatu hari, si pelajar miskin terlambat ke tempat kerjanya kerana kelasnya habis lewat. Sehabis sahaja kelas, terburu-buru kakinya melangkah ke tempat kerjanya iaitu sebuah kedai. Setibanya di situ, habis caci maki diterimanya kerana kelewatannya menyebabkan hatinya terguris. Setelah menukar pakaian, dia melaksanakan tugasnya sambil dimarahi oleh ketua dan rakan sekerjanya kerana kelambatannya membuat kerja. Dalam hatinya tidak habis dimohon kepada Ilahi kekuatan dan kesabaran mengharungi kesusahan hidup. Akhirnya pemilik tempat kerjanya datang kepadanya.
"Esok kau jangan datang kerja disini, ni gaji kamu kerja disini, mulai esok jangan kau muncul disini lagi!," tengking ketuanya. Zap, hatinya terguris berdarah. Fikirannya berfikir adakah ini dugaan atau ujian dariNya. Lemah longlai badannya mengemas barangnya lalu melangkah pulang. Setibanya dirumah, sekali lagi dirinya diuji dengan kerenah ahli rumahnya yang sering kali 'menarik muka' tidak berpuas hati sesama ahli rumah, tidak berpuas hati dengan setiap keputusan yang dibuat. Hatinya berkata:
"Allah, apakah yang diingininya lagi?"
Hatinya mendidih namun disejukkan dengan sabar. Perlahan kakinya melangkah ke bilik air mengambil wudhu lalu dia bersolat. Dalam doanya dia menangis, mengadu kepada Ilahi agar diberi bantuan dan kekuatan mengatasi kemelut yang melanda dirinya dan rumahnya. Sedang dia menangis, datang sahabat rapatnya, seorang yang kaya tetapi suka bersederhana dalam kehidupan walaupun pendapatannya sebulan mencecah ribuan, angka yang cukup mewah bagi seorang pelajar. Lalu bertanyalah sahabatnya kepada sahabatnya yang sedang menangis:
"Wahai sahabatku, kenapa kamu menangis?"
Lalu diceritakan kepada sahabatnya segala masalah yang menimpanya. Sahabatnya menangis sekali. Sesudah menunaikan solat Asar, sahabatnya yang kaya pulang kerumah. Sepanjang perjalanan pulang, pelajar kaya tersebut berfikir mengenai nasib rakannya.
Keesokan harinya, pelajar miskin itu mencari kerja untuk membayar sewa rumahnya namun gagal. Pulang dari mencari kerja, dia menemui bendahari rumahnya untuk memohon maaf kerana ketiadaan wang untuk membayar sewa rumahnya. Namun rakannya menjawab:
"Sewa rumah kamu sudah selesai."
Hatinya terkejut? Benarkah apa yang didengarinya. Lantas dia bersujud syukur. Sejak dari bulan itu, sewa rumahnya sentiasa dijaga oleh hamba Allah yang tidak dikenalinya. Setiap bulan, rakannya yang merupakan bendahari rumah memberi kepadanya wang perbelanjaannya sehinggalah dia berjaya menamatkan pelajarannya dengan cemerlang. Namun suatu hari, bendahari rumahnya mengajaknya ke suatu tempat. Setelah bersiap, mereka ke rumah rakannya yang kaya. Setibanya di rumah rakannya, kelihatan beberapa orang sedang membaca Al-quran. sekujur tubuh terbaring di ruang tamu dilitupi kain pelekat lepas.
"Pergilah lihat orang yang menjagamu sehingga kamu berjaya menamatkan pengajianmu," ujar rakannya. Perlahan kakinya melangkah lemah melihat jenazah orang yang membantunya. Tangannya terketat membukam kain yang menutupi jenazah. Alangkah hibanya apabila mendapati orang yang membantunya ialah sahabat baiknya yang kaya, yang meninggal akibat kemalangan. Air matanya gugur.
"Ya Allah. mulianya hatimu sahabat," ucapnya. Jenazah rakannya diurus sehingga selesai. Pada malamnya, ahli bait rumah arwah memberikan kepadanya sebuah diari.
"Ini diari arwah, ada tulisan untukmu," ujarnya lalu pulang. Tangannya membuka lalu dibaca isi kandungnya.
"Inilah sahabatku yang paling baik, moga Allah meletakkannya di kalangan Anbiya, Syuhada, Solihin." ujarnya sambil menangis.


Sahabatku,
Susah aku ingin aku luahkan bahawa hatiku selama ini menyayangimu umpada adik, susahmu susahku jua,
Sahabat,
Doakanku tatkala diari ini sampai kepadamu, sesungguhnya selama ini aku merahsiakan banyak perkara darimu, termasuk sakitku ini. Sesungguhnya, aku tahu bahawa aku tidak mampu menghadapi kesakitan penyakitku ini, namun didalam hatiku, aku berniat untuk membantumu mencapai kejayaan.
Sahabat,
Doakan aku tenang, sampaikanlah salamku kepada sahabat yang lain, dan doakanlah aku disana, jangan ditangisi pemergianku tetapi menangislah kerana Ilahi kerana itulah sebaik tangisan,

Sekian, Sahabatmu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...