Jasa sehingga ke Menara Gading Al-Azhar

on Monday, April 25, 2011
"Ehhhh, bangun-bangun belako, dok bangun, aku rote leper ke....." Yaa, itulah suara yang amat digeruni pada waktu subuh mahupun dimana-mana sahaja. Kedatangan mudir Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat itu amat ditakuti oleh semua pelajar termasuklah pelajar yang paling 'otai' sekali. Dengan rotan di tangan, kalau terkena sekali pasti perit dan diingati berminggu-minggu. Berpusu-pusu pelajar akan ke bilik air membersihkan diri atau mengambil air wudhu kemudian ke surau. Solat fardu wajib berjemaah kecuali yang sakit. Kalau ponteng lagi azab hukuman yang bakal menanti. Solat fardu yang melibatkan imam menguatkan suaranya wajib membaca satu rakaat semuka. Kalau tidak, nahaslah pak imam kena bedal.

Selesai solat subuh dan diikuti dengan zikir dan bacaan Yasiin, para pelajar mengaji mengulang hafalan baru atau hafalan lama. Waktu nilah memang setan dok berpesta sarkis kat mata ni. Mak aiiii, kekadang terasa macam berkampit-kampit kilo beras kat mata ni walaupun pagi tadi dah mandi. Adoiiiii, mengantuknya.... ZZZZZZZZ berdengkor sesetengah pelajar. Sekejap lagi..... Bedebuk, satu debukan kuat hinggap kat belakang. Adoiiiii, sapa pulak buat spike bola tampar kat belakang ni.
"Mengaji tu, buke aku suruh mu tido," hinggap suatu suara tak asing lagi. Gerun menguasai diri. Pantas dibaca mushaf Al-Quran. Dan sejak dari hari tu, tak berani nak tido lepas subuh. Mengaji sampailah pukul 7.20 pagi. Lepas mengaji, terus kami ke kantin makan pagi walaupun kekadang makan pagi ni ada yang sedap, ada yang kureng, tapi lapor punya pasal, telan jugak.

Tepat jam 7.50 pagi, masing-masing mula ke kelas. Kalau hari sabtu, ada perhimpunan. Masa tulah nak dengar komen ust yang menjaga pada hujung minggu. Kekadang naik jemu dengar arwah Pak Muda dok ingat pasal yuran tak bayar. Naik jemu telinga ni menadah. Kalau ade pelajar buat hal masa hujung minggu tertangkap, ok la sikit tengok aksi rotan-merotan ni. Kekadang terkena jugak, tapi bukan Mudir yang rotan, warden yang rotan. Kalau mudir yang rotan, mau sebatu aku lari dengan bebudak ni.

Pukul 10.30 pagi, masa tukar kelas pulak. Habis dah kelas Al-Quran, pakat ke kelas kitab pulak. Mengajilah dalam keadaan mengantuk. Kekadang tido terlentang pun ade jugak kat belakang. Pelajar pompuan ade pun wat derk je. Mengantuk punya pasal, bantai tido semacam je. Terus menerus mengaji sampai pukul 12.45 tengahari. Hah, masa ni la nak rehat. Balik bilik je terus terkam katil dulu. Tido sampai pukul 2 petang.

Petang pukul 2.45, mengaji sampai asar, Dan pas asar tulah masa nak berembat bola kat padang. Masa ni pelajar sume nak tunjuk power main bola sampai ust pun kantoi gelecek bola dengan anak murid sendiri. Masa kat padang ni la ingat ada 2-3 orang ustaz yang terror main bola. Memang respek dari A-Z. Antara yang terkenalnya Ust Hassan Itali(gelaran sebab bawak bola macam Matterazi player Itali yang ade kes dengan Zidane), Ust Syukor, Ust Lah Ronaldo, Ust Ihya player Thailand(pernah dipilih jadi pemain negara Thai) dan ade 2-3 lagi yang terror. Petang ni lah macam-macam skill keluar sampai pukul 6.30 petang. Masa tu time makan lak. Makan lak kalau dah letih n lapar, telan semacam je.

Malam lepas isyak,masa tulah time rehat dan pukul 11 je sume tido. Berdengkor macam-macam bunyi ada. Itulah rutin harian di MTDQWQ.

Masih ingat lagi masa ada kes dahulu, terponteng sembahyang Subuh sebab mengantuk sangat. Masa tu pulak kantoi dengan mudir sendiri. Aduh mak aii, ramai kantoi termasuklah aku, Rahimin Basri, Nukman Aziz, Mujahid Suhaimi, Zaki Muafaq, Zaid Muafaq dan lain-lain lagi. Memang perit kena hukum. Satu jam ketuk ketampi, pastu di follow plak dengan pumping sambil kena slash dengan rotan. Lepas pumping plak, kene lagi slash kat tangan. Sakit masa tu memang marah. Macam-macam ade yang mengutuk. Tapi bisanya???? Semua berjaya dalam pelajaran. Omar Saifuddin berjaya ke Al-Azhar dalam bidang Qanun yang paling digeruni untuk diambil oleh semua pelajar Mesir termasuk arab sendiri pun surrender. Fikri Razali berjaya mencapai diploma DQ dan kini berada di Maahad Qiraat Shoubra. Farhan Hassan berada di Tanta, Mesir di bidang Syariah Islamiah. Rahimin Basri dan Nu'man Aziz ke Syria dan memperolehi Diploma Bahasa Arab. Mujahid Suhaimi pula memasuki Imam Muda Musim Kedua. Zaki Muafaq berjaya mencapai Ijazah Sanad Tahfiz Al-Quran Persatuan Tahfiz Malaysia. Hampir keseluruhan semuanya berjaya dalam bidang masing-masing. Tanpa tunjuk ajarnya, rotannya yang berbirat di badan bagaikan calit komando, kepetahannya dalam nahu dan sorof serta fiqh, sudah tentu kami semua menjadi penyamuuun macam citer Ali Baba Bujang lapok tu.

Kalau nak tahu, itulah Maadah Tahfiz Darul Qiran Wal Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan. Sekolah yang tidak semegah mana dari segi binaan tetapi megah dari segi kemantapan ilmu. Itulah dia Ust Subki Bin Abd Rahman, Mudir dan pengasas MTDQWQ Repek. Sesungguhnya jasa mereka membawa kami ke mata dunia.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Lets Be A Fighter

on Friday, April 15, 2011
Seorang bapa membawa anak lelakinya melihat pancaragam tentera. Setibanya disana, anaknya teruja melihat gerak tentera yang penuh gagah dan berdisiplin. Si anak mengatakan kepada bapanya bahawa suatu hari nanti dia ingin menjadi seperti tentera tersebut. Si bapa berkata kepada anaknya,

"Bolehkah kamu menjadi seperti tentera itu?"

Beberapa tahun kemudian, si anak pergi merantau meninggalkan keluarganya. Bertahun lamanya dia berusaha menjadi seperti tentera yang dilihatnya ketika kecil dahulu. Akhirnya bapanya jatuh sakit. Ketika nazak, si anaknya pulang. Namun kepulangannya pada hujung nyawa bapanya. Pantas si anak mengajar kalimah syahadah kepada bapanya lalu bapanya mengikuti kalimah suci sambil tersenyum. Akhirnya bapanya pergi mengadap Ilahi sambil tersenyum.

Selesai menguruskan jenazah bapanya, imam masjid yang merupakan sahabat baik arwah bapanya memberikan sepucuk surat dan sebatang anak kunci kepada anak.

"Ini milik bapamu yang telah mengamanhkan kepadaku agar memberikan kepadamu apabila dia meninggal dunia," Si anak menerima dengan berat hati.

Selepas seminggu kemudian, si anak pulang ke rumah keluarganya lalu membuka laci meja kerja bapanya. Didapatinya terdapat sebuah diari. Si anak membuka surat yang diterimanya. Tertera perkataan yang pernah diungkap kepada bapanya ketika dia kecil lagi. Dibuka diari bapanya lalu didapati tulisan bapanya menceritakan saat si anak lelaki yang dibawa ke pancaragam tentera, saat anaknya mencapai kejayaan demi kejayaan dan pada muka surat akhir sekali tertera perkataan....

ANAKKU, SESUNGGUHNYA ENGKAU MEMBANGGAKAN BAPAMU DENGAN KEJAYAANMU, TETAPI BUKAN HARTA WANG RINGGIT YANG BAPAMU INI PINTA, TETAPI CUKUPLAH HANYA SEPOTONG DOA MENDOAKAN AGAR BAPA SENTIASA AMAN DIDUNIA DAN DI AKHIRAT KELAK...............


Salam muhibbah kepada anda semua para pembaca n pengunjung. Kisah di atas merupakan kisah benar. Kisah pengorbanan bapa tanpa meminta balasan. Hanya meminta anaknya menjadi apa yang diinginya. Kini anaknya merupakan salah seorang tokoh usahawan yang berjaya.

Sahabat dan para pengunjung sekelian, setiap apa yang kita kerjakan selama ini jarang kita mendapat halangan dari ibu bapa kita. Sebut je apa bidang yang kita nak? Fotografi(sebab saya minat fotografi), bisnes, komputer dan apa sahaja tidak pernah kita dapat halangan dari ibu bapa kita. Kebanyakkannya kita mendapat sokongan dari ibu bapa secara terang-terangan atau secara diam. Ada mak bapak halang? Ada halang, halang dari buat benda-benda yang tak berfaedah tu adalah. Hoi Yob,dah benda tak ada faedah, confirm la mak bapak ko halang, tapi kita je yang kepala batu, nak jugak buat, bila dah kena padahnya, sape yang susah hati? Mak bapak jugak yang susah hati. Kita? Ala esok-esok leh wat lagi. Sabor jelah

Ceburilah apa bidang yang kita ingini, asalkan ianya memberi manfaat kepada kita. Dunia Islam kini bukan seperti zaman dolu-dolu. Buek apo ekau nak angkek bosi?nak poie boporang ko?Zaman lo ni bukan zaman porang pakai bosi. Zaman la ni porang pakei otak, sapo pandai, naik la dio sampei atas nun. Kalau tidak, duduklah ekau bawah nun samapi tuo bangko. Moh la kita pakat-pakat jadi fighter yang bijak berfikir memikirkan gerak langkah. Caranyo camno? Tunggulah sambungannya bila eden sompek maso nak meng'update' blog eden ni. Eden bokorjo yo.

Salam ceria sumo. Moga ekau sumo borsomangat nak jadi fighter.

Siapa yang menentukan kejayaan anda???

on Sunday, April 3, 2011
Seorang ayah hanya mampu sekadar menegur dan menasihati anak anak mereka ke arah kebaikan dalam kehidupan. Namun pilihan mestilah di lakukan oleh anak tersebut.
Anak yang selalu mendengar nasihat ayah dan ibu tidak akan rugi dalam kehidupan. Namun anak anak yang tidak mengendahkannya akan sedar, selalunya apabila sudah terlambat.
Masa tidak pernah menunggu sesiapa. Begitu lah jugak ayah dan juga ibu, masa kian berlalu, apa jua yang di sayangi dalam dunia ini tetap akan di tinggalkan jua.
Namun tidak ada seorang ayah dan ibu ingin melihat anak anak mereka meneruskan kehidupan dalam kelekaan hidup.

Begitulah juga nasihat ibuku terhadap diriku ini,'Ingat, ibu dan ayah tidak akan menongkat langit untuk melihat anak anak mereka berjaya dalam kehidupan.'
Sungguh tepat kata kata ibu ku itu...

Pepatah orang tua jangan di tinggalkan:
Berakit rakit kehulu,
Berenang renang ke tepian,
Bersakit sakit dahulu,
Bersenang senang kemudian





Salam motivasi kepada anda semua. Sudah baca petikan diatas? Kalau sudah, pastikan diri anda sedia untuk bergerak ke hadapan. Kalau belum, baca dahulu ye.

Sejak kecil lagi kita sering dinasihati, ditegur oleh ibu bapa kita mengenai sesuatu yang mungkin membawa keburukan atau sokongan untuk sesuatu yang membawa kebaikan. Namun, pernahkan kita endah dengan teguran mereka? Tidak sehingga kita menerima padahnya. Ya wahai kawan-kawan, bukan sekali kita tidak mengendahkan teguran ibu bapa kita, tetapi banyak kali. Tak percaya? cuba ingat kembali masa sekolah dahulu. Mak ayah suruh kita belajar, tetapi apa yang kita buat? main je kejenye kan? Tak perlu la nak menafikan semua. Kita semua sama sahaja masa zaman sekolah dahulu. Tetapi apabila kita meningkat remaja, makin menjadi perangai kita sehinggalah suatu masa baru kita sedar bahawa setiap teguran ibu bapa itu tujuannya untuk menjadikan kita seorang manusia yang berjaya kemudian hari. Sedarlah wahai kawan-kawan dan para pembaca sekelian. Bukan ibu bapa yang menentukan siapa kita pada masa hadapan, tetapi kita yang menentukannya. Setiap ibu yang melahirkan, menyusukan, membesarkan kita, setiap bapa yang memanjakan, melindungi kita semuanya tahu peribadi anak. Cuma adakalanya mereka halang kerana perkara itu tidak bersesuaian dengan anak dan tidak memberi manfaat, malah memberi kemudaratan. Ingatlah wahai para pembaca semua, jasa ibu bapa tak akan dapat kita balas walaupun segunung intan permata kita longgokkan dihadapan mereka. Tetapi mereka hanya mahu kita balas dengan kejayaan kita dalam hidup, pelajaran dan kecemerlangan masa hadapan kita.


Seorang anak pernah memberi sekeping surat kepada ibunya ketika ibunya sedang membasuh pinggan di dapur...

"Surat apa ni?"
"Ni senarai upah yang kawan dapat sekiranya dia membantu ibunya di rumah"

Basuh pinggan: RM 5.00
Kemas rumah: RM 10.00
Basuh baju: RM 10.00
Jaga adik: RM 15.00
Sidai dan angkat pakaian di jemuran: RM 10.00

JUMLAH SEMUANYA: RM 50.00 sebulan.

Si ibu terdetik hatinya. Lalu dipandang pada anaknya dengan penuh kelembutan.

"Nanti ibu beri jawapan pada abang esok hari......"

Keesokan harinya,ketika si ayah sedang duduk membuat kerja pejabat di ruang tamu, si ibu memberi 2 pucuk surat pada anak. Pada sampul surat tersebut, tertera perkataan ibu dan sepucuk lagi tertera perkataan ayah. Si anak membuka surat ibunya dahulu.

Mengandungkan anda: PERCUMA
Menahan sakit menendang dalam kandungan: PERCUMA
Melahirkan anda: PERCUMA
Menyusukan anda: PERCUMA
Menjaga anda: PERCUMA
Membesarkan anda penuh sihat: PERCUMA
Menjaga ketika sakit: PERCUMA

JUMLAH SEMUANYA: PERCUMA setiap anak

Si anak mula terasa bersalah. Lalu dibukanya surat bapanya pula.

Menjaga anda: PERCUMA
Membesarkan anda penuh sihat: PERCUMA
Menjaga ketika sakit: PERCUMA
Menyekolahkan anda: PERCUMA
Memberikan pelajaran kepada anda: PERCUMA
Memberi dan menjaga makan pakaian anda:PERCUMA

JUMLAH SEMUANYA: PERCUMA setiap anak

Si anak meluru mendapatkan ibu dan bapanya di dapur lalu memohon maaf sambil menangis. Sesungguhnya setiap ibu dan bapa tidak pernah meminta balasan wang ringgit mahupun harta dari anak, tetapi bagi mereka cukuplah hanya dibalas dengan kejayaan sahaja.....



YA ALLAH, AMPUNILAH DOSAKU, DOSA KEDUA IBU BAPAKU, DOSA GURU-GURUKU YANG TELAH MENJAGA, MEMBESAR, MENDIDIKKU DARI KECIL HINGGA DEWASA. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG..... AMEEEEEN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...