Matlamat dia,dia punya hal, matlamat kita ape pulak????

on Wednesday, July 27, 2011
Salam ceria kepada semua pembaca, semoga hari-hari yang kita lalui semuanya akan sentiasa ceria dan gembira. Yang selalu sedih tu, udoh-udoh le sedih, bughuk benor muke tu, kalah budok kecik teghiok(menangis).hehehehe

Matlamat, bila sebut je soal matlamat ni, dah terbayang dalam otak masing-masing matlamat yang nak. Contohnya ada orang nak bini lawa macam Heliza Helmi, ade orang nak pakai kereta mewah macam AC Mizal(Bentley tu guuuuu), ade orang nak pulak jadi hartawan macam Raja Gula Robert Kwok. Ok,yang tu semuanya impian, bukan matlamat. Impian kalau tak tercapai pun tak ada masalah, kalau frust tu, namanya frust bercinta. Tapi kalau matlamat, susah macam mana pun tetap nak capai. Contohnya matlamat seseorang tu untuk menjadi seorang yang pakar dalam bidang pokok. Maka sejak dari kecik lagi dia akan berusaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Matlamat ni merupakan sesuatu yang melibatkan kemahiran manakala impian pula melibatkan material. Matlamat jika tak tercapai maka seseorang tu akan memikirkan bagaimana untuk mencapai matlamatnya. Contohnya,saya masa zaman sekolah dahulu tak ada matlamat untuk berjaya langsung. Matlamat saya cuma nak jadi orang sahaja. Akhirnya dek teguran mak abah, baru saya terfikir mengenai matlamat hidup saya. Saya terfikir, takkan sampai ke tua nanti hidup terumbang-ambing tak ada matlamat hidup? Betul ade sesetengah orang mengatakan matlamat hidup ni untuk berjaya di dunia dan akhirat. Tapi ade dalil mengatakan bahawa orang mukmin yang kuat tu lebih disukai dari orang mukmin yang lemah. Hadith Rasulullah S.A.W bersabda:

"Orang mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah dari orang mukmin yang lemah."

Dalil hadith tersebut telah jelas bahawa orang mukmin yang kuat, mempunyai kemahiran dan kekuatan akal fikiran itu lebih disukai oleh Allah. Kuat diatas tersebut tidak hanya bermaksud kuat tubuh badan sahaja, tetapi membawa maksud kuat akal fikiran. Kalau seseorang tu tak mempunyai matlamat hidupnya maka hidup seseorang tu terumbang ambing macam kapal kena hempuk dek ombak. Kalau mempunyai matlamat,maka dia akan merancang untuk mencapai matlamatnya.

Ada orang mengatakan bahawa aku hendak menjadi seorang peguam yang hebat, maka matlamatnya adalah menjadi seorang yang hebat. Ada seorang mengatakan bahawa hidupnya adalah untuk Islam, maka matlamatnya adalah menegakkan Islam. Namun jika digabungkan kedua-dua matlamat dan impian, maka hasilnya jauh lebih baik dari apa yang diimpikan.....

Duniaku bukan duniamu, jadi mind your own periuk......

on Sunday, July 24, 2011
Salam ceria buat semua, ceriakan diri anda bersama segelas teh hijau. Dan sentiasa senyum kerana senyum itu adalah penawar. Dah besedia untuk memotivasikan minda anda? Ayuh kita layari kembara minda berjaya.....

Pernah tengok cerita Seniman Bujang Lapuk?Perhatikan betul-betul pada babak dimana pak Guard Singh menghentam seorang lelaki yang memperlekehkan Ramlee,Ajis dan Sudin selepas mereka bertiga dibawa oleh encik Ahmad bejumpa Manager. Babak tu menegur kepada kita semua bahawa kita yang menetukan bentuk perjalanan hidup kita. Kita yang menentukan masa depan kita. Bukan orang lain apatah lagi kawan baik kita sendiri. Setiap daripada kita mempunyai periuk nasi tersendiri. Bukan perut orang lain kita kena bagi makan. Kalau yang dah berkeluarga tu lainlah. Yang bujang trang tang-tang ni. Takkan ko kerja, perut kawan lak ko kena isi. Abis kawan ko tu jadi apa?jadi tong sampah? tunggu je orang isi tak buat keje?macam tu?Hoiii, ini soal masa depan ko, bukan masa depan orang lain. Ko punya nasib,ko makan, dia punya nasib,dia makan. Tak salah makan sama-sama tapi kalau sampai orang lain pulak ambil senang dengan ko,melampau lah tu.

Setiap kerja yang kita buat sebenarnya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri. Contohnya pada raya puasa tahun lepas,persatuan pelajar di sini telah menganjurkan program sambutan hari raya yang mana pada masa tu saya yang jadi pengarah program. Sepanjang program tu,saya sebagai pengarah membiarkan AJK saya bekerja tanpa sikit pun saya bantu. Saya pantau dan tegur dimana yang silap sahaja. Jika diorang tak tahu,baru saya tolong. Lepas program tu, ade muhasabah dimana saya dikritik kerana tidak mahu turun tangan dan membandingkan saya dengan seseorang yang bagi mereka itu adalah pengarah yang terbaik kerana hampir semua kerja unit dia seorang yang buat. satu je saya balas,

"kalau saya tolong buat kerja kamu semua, kamu semua buat apa?membuta je kerjakan? ni baru alam mahasiswa, belum alam bekerja lagi. Kalau masa alam mahasiswa pun tak reti nak buat kerja, masuk alam kerja, silap haribulan free kena buang".

Setiap dari kita perlu tahu apa yang perlu kita buat walaupun itu adalah kerja berkumpulan, jangan nak mengharap orang lain buat sebab tu adalah pengalaman kita. bukannya orang lain dapat,kalau aku tolong nanti hangpa suma jadi pemalas, baloq liat. Malas sampai kerja hari-hari tidoq saja, malulah dengan ayam yang pepagi buta lagi sebelum subuh lagi dah berkokok kejut kita bangun solat. So faham-fahamlah, kalau bukan kita yang nak menentukan masa depan kita, siapa lagi?kalau bukan kita yang mendekorat dunia kita, siapa lagi?

"Decorate your world with your favourite colour and your taste, but don't let any other person decorate it because they will mess up your world"

Weapon That We All Have

on Wednesday, July 20, 2011
Salam ceria,salam motivasi dan salam sejahtera kepada para pembaca. Semoga anda semua berada dalam keadaan mood yang baik, mood ceria dan happy sentiasan. Kalau yang mood tak berapa ok tu, bawak2 lah bersabar dan cuba ceriakan diri anda.....

Dah baca tajuk diatas? Kali ini saya hendak membawakan sesuatu mengenai senjata. Kalau sebut senjata, semua orang pikir pisau,pistol, senapang, pedang dan macam-macam lagi. Tetapi sedarkah kita semua bahawa kita mempunyai 2 senjata yang lebih tajam dari pisau dan lebih keras dari berlian. Jangan le pulak pikir yang bukan-bukan ye. Bukan 'senjata' tu yang dimaksudkan. Senjata itu ialah lidah dan akal....

Lidah ni setiap manusia sume ada. Tak ada lidah, jenuh cakap haprak pun tak paham. Persoalannya, kenapa lidah dikatakan lebih tajam dari pedang? Imam Al-Ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya:

"Apakah senjata yang paling tajam di dunia?"

Maka bangkitlah seorang anak muridnya lalu mengatakan bahawa senjata yang paling tajam adalah pisau. Dan bangkit seorang demi seorang menyatakan bahawa pisau dan pedang adalah senjata paling tajam. Maka Imam Al-Ghazali menjawab:

"Semua yang kamu katakan itu adalah benar, tetapi senjata yang paling tajam adalah lidah kerana setiap perkataan yang dituturkan membawa makna yang cukup menusuk kalbu."

Contoh yang boleh kita ambil, seorang pelajar mengatakan bahawa anda adalah seorang yang pemalas di khalayak ramai. Apa yang anda rasa? Sudah tentu malu, muka merah bera tak reti nak sorok kat mana lagi dah. Last-last pencilkan diri sampai setahun tak nampak batang hidung. See, betapa tajamnya lidah jika perkataan yang kita tuturkan itu lebih-lebih lagi jika kita bertutur mengenai perkara benar dan menangkis hujah mereka yang penindas.

-AKAL-

Pepatah melayu pernah berkata "belakang parang kalau diasah menjadi tajam". Sebegitu jugalah dengan akal jika diasah menjadi senjata, boleh juga menjadi perisai.

Pepatah ni memang sinonim dalam kalangan masyarakat melayu. Akan tetapi mengapa pepatah ini sekadar diungkap sahaja, tetapi tidak digunakan?

Kita terlupa bahawa akal jika diasah menjadi senjata,menjadi perisai. Pernah tak kita membaca sebuah buku karangan orang Cina bertajuk "The Art Of War". Buku "The Art Of War" jika menurut pendapat saya adalah antara buku kegemaran saya ketika saya berusia 11 tahun. Buku tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain. Ketika saya membaca buku tersebut,saya tertarik mengenai kisah seorang Jeneral yang bernama Sun Tzu. Beliau merupakan tokoh jeneral perang Cina yang mashyur dengan ketajaman akal fikirannya. Dalam buku tersebut, diceritakan bahawa diaberjaya mengawal hampir 1000 orang perempuan yang mana pada kali pertama dia memberi arahan, dia diketawakan. Dan akhirnya dia berjaya membuat mereka yang mentertawakannya dahulu tunduk patuh pada arahannya kali kedua dengan hanya menggunakan akal fikiran.

Ada lagi sebuah buku karangan seorang profesor di universiti negara bara. Buku tersebut mengisahkan bagaimana seorang pemudayang dituduh atas tuduhan palsu berjaya membebaskan akal fikirannya tatkala dia dipenara. dan akhirnya dia diangkat menjadi seorang Count. Ketajaman akal fikirannya membuatkan dia mampu membebaskan akal fikirannya tatkala jasad dikurung. Dialah adalah Edmond Dantes, Tengku Monte Cristo. Bukunya berjudul The Count Of Monte Cristo. Buku ini merupakan buku kegemaran saya semasa saya berada di sekolah mengengah. Buku tersebut banyak mengajar mengenai erti dan kekuatan akal jika diasah dengan betul.

Kini kita berdspan dengan musuh yang menggunakan apa sahajauntuk menguatkan kedudukan dan kemewahan mereka. Adakah kita hendak berlawan dengan penumbuk, sepak terajang? Kita tidak mampu kerana kita mempunyai undang-undangAkan tetapi, tidak wujud undang-undang yang boleh memenjaraka akal fikiran

"Manusia jika ditegur hanya sekali sahaja sudah cukup, jika ditegur banyak kali tak faham jugak, baik dibalas dengan sesuatu yang memalukan agar mereka beringat dan sedar, sarang ular kalau dijolok, ular mengamuk sampai kita takut, maka kita perlu ikut resmi ular....Sekadar prinsip dilaung sahaja tidak cukup, akan tetapi tindakannya juga perlu teguh agar kita tak dipandang layu."

Salam ceria semua, semoga kita berjumpa di kemudian hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...