Fikirkanlah

on Friday, April 30, 2010
Sejak berada di bumi perantauan ini, kerap kali terjadi peritiwa yang tidak disangka oleh semua pelajar. Pertengkaran, pergaduhan sering berlaku dimana sahaja. Dan kelmarin, tercetus suatu pergaduhan yang boleh dikatakan agak bodoh. Perlukah kita bergaduh kerana sepatah perkataan? Bukankah pergaduhan itu membawa kepada kerugian? Adakah setiap orang yang bergaduh mendapat wang? Kalau begitu, sudah tentu pekerjaan manusia pada hari ini bukanlah seorang arkitek atau seumpamanya, tetapi pekerjaanya ialah gaduh.
Jelas sudah bahawa pergaduhan membawa kepada kerugian dari sudut tenaga, akhlak dan paling penting, maruah seseorang. Kita bergaduh membuktikan bahawa kita kononnya adalah yang hebat padahal semuanya adalah pinjaman dari Allah Taala. Jika Allah Taala menarik kembali nikmat kekuatan, nescaya semut itu lebih kuat dari kita. Dan ketika itu dimanakah kekuatan yang kita bangga selama ini? Sabda Rasulullah s.a.w

Dari Abu Bakrah (Nufa’i) bin al Harits ats Tsaqafy berkata: Rasulullah saw bersabda, “Apabila dua orang Muslim berhadapan dengan pedang masing-masing maka pembunuh dan terbunuh keduanya sama-sama masuk neraka. Abu Bakrah bertanya, “Ya Rasulullah, yang membunuh jelas masuk neraka tetapi mengapa yang terbunuh juga demikian? Rasulullah saw menjawab, “Karena ia juga memiliki niat sungguh-sungguh akan membunuh lawannya.”
(Bukhari – Muslim)

Mengapakah kita perlu bergaduh sesama kita? bukankah itu merupakan kerugian? dimanakah maruah kita sebagai seorang manusia? jelas sudah bahawa pergaduhan itu membawa kepada kerugian. Bergembiralah syaitan tatkala melihat anak adam bertelingkah sesama mereka. fikirkanlah.

Al-Kisah Si Pelajar Miskin dan Pelajar Kaya

on Tuesday, April 27, 2010
Al-kisah bermula seorang pelajar. Saban hari berkerja dan belajar mencari ilmu dan martabat diri. Pagi ke kuliah, petang berkerja mencari rezeki. Malam pula mentelaah pelajaran. Saban hari, itulah rutin hariannya yang wajib diikutinya. Keseronokan rakan-rakannya yang berjalan kesana kemari hanya mampu didengari sahaja.
Suatu hari, si pelajar miskin terlambat ke tempat kerjanya kerana kelasnya habis lewat. Sehabis sahaja kelas, terburu-buru kakinya melangkah ke tempat kerjanya iaitu sebuah kedai. Setibanya di situ, habis caci maki diterimanya kerana kelewatannya menyebabkan hatinya terguris. Setelah menukar pakaian, dia melaksanakan tugasnya sambil dimarahi oleh ketua dan rakan sekerjanya kerana kelambatannya membuat kerja. Dalam hatinya tidak habis dimohon kepada Ilahi kekuatan dan kesabaran mengharungi kesusahan hidup. Akhirnya pemilik tempat kerjanya datang kepadanya.
"Esok kau jangan datang kerja disini, ni gaji kamu kerja disini, mulai esok jangan kau muncul disini lagi!," tengking ketuanya. Zap, hatinya terguris berdarah. Fikirannya berfikir adakah ini dugaan atau ujian dariNya. Lemah longlai badannya mengemas barangnya lalu melangkah pulang. Setibanya dirumah, sekali lagi dirinya diuji dengan kerenah ahli rumahnya yang sering kali 'menarik muka' tidak berpuas hati sesama ahli rumah, tidak berpuas hati dengan setiap keputusan yang dibuat. Hatinya berkata:
"Allah, apakah yang diingininya lagi?"
Hatinya mendidih namun disejukkan dengan sabar. Perlahan kakinya melangkah ke bilik air mengambil wudhu lalu dia bersolat. Dalam doanya dia menangis, mengadu kepada Ilahi agar diberi bantuan dan kekuatan mengatasi kemelut yang melanda dirinya dan rumahnya. Sedang dia menangis, datang sahabat rapatnya, seorang yang kaya tetapi suka bersederhana dalam kehidupan walaupun pendapatannya sebulan mencecah ribuan, angka yang cukup mewah bagi seorang pelajar. Lalu bertanyalah sahabatnya kepada sahabatnya yang sedang menangis:
"Wahai sahabatku, kenapa kamu menangis?"
Lalu diceritakan kepada sahabatnya segala masalah yang menimpanya. Sahabatnya menangis sekali. Sesudah menunaikan solat Asar, sahabatnya yang kaya pulang kerumah. Sepanjang perjalanan pulang, pelajar kaya tersebut berfikir mengenai nasib rakannya.
Keesokan harinya, pelajar miskin itu mencari kerja untuk membayar sewa rumahnya namun gagal. Pulang dari mencari kerja, dia menemui bendahari rumahnya untuk memohon maaf kerana ketiadaan wang untuk membayar sewa rumahnya. Namun rakannya menjawab:
"Sewa rumah kamu sudah selesai."
Hatinya terkejut? Benarkah apa yang didengarinya. Lantas dia bersujud syukur. Sejak dari bulan itu, sewa rumahnya sentiasa dijaga oleh hamba Allah yang tidak dikenalinya. Setiap bulan, rakannya yang merupakan bendahari rumah memberi kepadanya wang perbelanjaannya sehinggalah dia berjaya menamatkan pelajarannya dengan cemerlang. Namun suatu hari, bendahari rumahnya mengajaknya ke suatu tempat. Setelah bersiap, mereka ke rumah rakannya yang kaya. Setibanya di rumah rakannya, kelihatan beberapa orang sedang membaca Al-quran. sekujur tubuh terbaring di ruang tamu dilitupi kain pelekat lepas.
"Pergilah lihat orang yang menjagamu sehingga kamu berjaya menamatkan pengajianmu," ujar rakannya. Perlahan kakinya melangkah lemah melihat jenazah orang yang membantunya. Tangannya terketat membukam kain yang menutupi jenazah. Alangkah hibanya apabila mendapati orang yang membantunya ialah sahabat baiknya yang kaya, yang meninggal akibat kemalangan. Air matanya gugur.
"Ya Allah. mulianya hatimu sahabat," ucapnya. Jenazah rakannya diurus sehingga selesai. Pada malamnya, ahli bait rumah arwah memberikan kepadanya sebuah diari.
"Ini diari arwah, ada tulisan untukmu," ujarnya lalu pulang. Tangannya membuka lalu dibaca isi kandungnya.
"Inilah sahabatku yang paling baik, moga Allah meletakkannya di kalangan Anbiya, Syuhada, Solihin." ujarnya sambil menangis.


Sahabatku,
Susah aku ingin aku luahkan bahawa hatiku selama ini menyayangimu umpada adik, susahmu susahku jua,
Sahabat,
Doakanku tatkala diari ini sampai kepadamu, sesungguhnya selama ini aku merahsiakan banyak perkara darimu, termasuk sakitku ini. Sesungguhnya, aku tahu bahawa aku tidak mampu menghadapi kesakitan penyakitku ini, namun didalam hatiku, aku berniat untuk membantumu mencapai kejayaan.
Sahabat,
Doakan aku tenang, sampaikanlah salamku kepada sahabat yang lain, dan doakanlah aku disana, jangan ditangisi pemergianku tetapi menangislah kerana Ilahi kerana itulah sebaik tangisan,

Sekian, Sahabatmu.

Cekalkah Kita?

on Wednesday, April 14, 2010
Tepat jam 9 pagi, saya ke kampus untuk mengikuti kuliah Asas Sistem Perundangan yang disampaikan oleh seorang pensyarah. Setibanya saya disana, hampir 50% kerusi penuh dengan pelajar Arab. Setelah mengambil tempat, datang seorang rakan Arab saya, Syalabi lalu duduk di sebelah saya bersama dengan dua orang pelajar Yaman dan Rusia. Kami berbual dan ketahui sahajalah kita orang Malaysia ni, Bahasa Arab agak lemah, jadi faham tu tak banyaklah. Mujur seorang pelajar Yaman tu fasih bahasa Inggeris. Pabila doktar datang mengajar, kami membuka buku sementara ada beberapa orang pelajar yang lain leka berbual. Masya Allah, dugaan sungguh bagi kami yang hendak belajar. Depan kami, orang berbual, kiri kami orang tidur, kanan kami orang berbual, belakang kami bunyi lagu Arab, Masya Allah. Jenuh mulut doktor minta diam, habis sahaja kelas menderu semua keluar. Yang malangnya, kita yang kecil di terhimpit pula. sabor jelah, keluar kelas terus ke library. Alhamdulillah ada tenang sikit walaupun ade bising sikit. Pulang dari library, buka email, ada pula mesej memaki hamun kita, mengata macam-macam, Ya Rabbi, letih bercampur penat bercampur tension bercampur marah segalanya ada.

Ya para pembaca, sabda Junjungan Mulia Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang kuat ialah orang yang mampu menahan kemarahan,"

Bagaimana kita sekiranya itu yang berlaku? Sudah tentu kita balas memaki hamun semuanya yang tidak sepatutnya kita ucap. Bergembiralah syaitan Laknatullah apabila melihat anak panahnya memasuki saluran darah kita dan akhirnya membutakan hati kita dari bersabar dan berfikir dengan waras.

Can we be patient?

on Sunday, April 11, 2010
Pagi masa balik dari kelas Fiqh Syafie, kelihatan beberapa orang pelajar lelaki Arab mengerumuni doktor untuk bertanyakan soalan. Turut terselit diri ini yang kecil di celah bangsa Arab yang besar. mereka mengerumuni doktor sehingga ke bilik pensyarah, dan akhirnya tinggallah dua orang pelajar yang mengekori doktor ke biliknya, iaitu diri ini yang kecil dan seorang pelajar Azbejan. Kami mengajukan soalan kepada doktor mengenai persoalan mengenai fiqh. Setelah mendapat jawapan dari doktor, kami berpisah. Ternyata jawapan dari doktor tidak memuaskan lagi hati ni. Lantas kepala ini terlintas satu tempat yang boleh dijadikan tempat rujukan, Mubarak Public Library bersebelahan dengan Kuliah Perniagaan Universiti Iskandariah. Setibanya disana, terpaksa pula membayar LE2 untuk masuk. Bayar sahajalah, dah terpaksa. Masuk sahaja di library, lagi haru pula jadinya. Beberapa pelajar perempuan dari Kuliah mana entah bising macam pasar. Tak mengapa lagilah, tetapi kesian juga pada lelaki yang tengah buat tesis. Tension semacam sahaja, kita pun bukalah buku. Tak sampai setengah jam buka buku, lagi kuat pula ketawa. yang hairannya makcik yang jaga tu pun tumpang sekaki. Nauzubillah, kesian pula pada ammu tu. Last sekali ammu tu naik angin halau semua keluar pelajar perempuan tu.

Ya para sahabat sekelian, bagaimana jika perkara sedemikian berlaku kepada kamu? Sanggupkah kamu menahannya dalam keadaan kamu tertekan, sedangkan kita tertekan pun habis semua barang dilemparnya. Benar sabda Rasulullah S.A.W
"Orang yang kuat ialah orang yang mampu menahan marah"

on Saturday, April 10, 2010
Pertama kali menjejaki kaki ke Bumi Rasyid, perkara pertama yang menerjah fikiran saya ialah budaya masyarakat. Ternyata budaya masyarakat disini memuliakan tetamu walaupun bukan di rumah. Masih saya ingat ketika kami menuruni coster (bas pendek) di Edefinu, Behiera, beberapa orang kanak-kanak Arab datang mengerumuni kami bersalaman dengan kami. Ketika itu kami berada di Empangan Lama Mesir. Mereka bertanya khabar kami, dari mana, dan sebagainya. Ternyata kehadiran kami pelajar Malaysia begitu dialukan tanpa diminta. Kemudian kami ke empangan untuk menikmati pemandangan. Ternyata beberapa orang pemuda Arab remaja datang membawa motosikal mini. Pada mulanya kami ingat ianya untuk disewa, setelah dipaksa mencuba, kami mencuba menaikinya. Rupanya tanggapan kami silap. Ianya bukan untuk disewa, percuma sahaja. Masya Allah, kami bertanya kenapa? Jawab mereka hanya satu sahaja

"Kami memuliakan tetamu kerana Allah, walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kamu adalah saudaraku seagama dan wajib ke atasku memuliakanmu,"

Masya Allah, sampai begitu sekali mereka memuliakan tetamu. Akhirnya kami pulang setelah masuk waktu Zohor.
Begitu ya para pembaca, adat orang Mesir memuliakan tetamu. Budaya kita bagaimana???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...