Matlamat dia,dia punya hal, matlamat kita ape pulak????

on Wednesday, July 27, 2011
Salam ceria kepada semua pembaca, semoga hari-hari yang kita lalui semuanya akan sentiasa ceria dan gembira. Yang selalu sedih tu, udoh-udoh le sedih, bughuk benor muke tu, kalah budok kecik teghiok(menangis).hehehehe

Matlamat, bila sebut je soal matlamat ni, dah terbayang dalam otak masing-masing matlamat yang nak. Contohnya ada orang nak bini lawa macam Heliza Helmi, ade orang nak pakai kereta mewah macam AC Mizal(Bentley tu guuuuu), ade orang nak pulak jadi hartawan macam Raja Gula Robert Kwok. Ok,yang tu semuanya impian, bukan matlamat. Impian kalau tak tercapai pun tak ada masalah, kalau frust tu, namanya frust bercinta. Tapi kalau matlamat, susah macam mana pun tetap nak capai. Contohnya matlamat seseorang tu untuk menjadi seorang yang pakar dalam bidang pokok. Maka sejak dari kecik lagi dia akan berusaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Matlamat ni merupakan sesuatu yang melibatkan kemahiran manakala impian pula melibatkan material. Matlamat jika tak tercapai maka seseorang tu akan memikirkan bagaimana untuk mencapai matlamatnya. Contohnya,saya masa zaman sekolah dahulu tak ada matlamat untuk berjaya langsung. Matlamat saya cuma nak jadi orang sahaja. Akhirnya dek teguran mak abah, baru saya terfikir mengenai matlamat hidup saya. Saya terfikir, takkan sampai ke tua nanti hidup terumbang-ambing tak ada matlamat hidup? Betul ade sesetengah orang mengatakan matlamat hidup ni untuk berjaya di dunia dan akhirat. Tapi ade dalil mengatakan bahawa orang mukmin yang kuat tu lebih disukai dari orang mukmin yang lemah. Hadith Rasulullah S.A.W bersabda:

"Orang mukmin yang kuat itu lebih disukai Allah dari orang mukmin yang lemah."

Dalil hadith tersebut telah jelas bahawa orang mukmin yang kuat, mempunyai kemahiran dan kekuatan akal fikiran itu lebih disukai oleh Allah. Kuat diatas tersebut tidak hanya bermaksud kuat tubuh badan sahaja, tetapi membawa maksud kuat akal fikiran. Kalau seseorang tu tak mempunyai matlamat hidupnya maka hidup seseorang tu terumbang ambing macam kapal kena hempuk dek ombak. Kalau mempunyai matlamat,maka dia akan merancang untuk mencapai matlamatnya.

Ada orang mengatakan bahawa aku hendak menjadi seorang peguam yang hebat, maka matlamatnya adalah menjadi seorang yang hebat. Ada seorang mengatakan bahawa hidupnya adalah untuk Islam, maka matlamatnya adalah menegakkan Islam. Namun jika digabungkan kedua-dua matlamat dan impian, maka hasilnya jauh lebih baik dari apa yang diimpikan.....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...