Siapa yang menentukan kejayaan anda???

on Sunday, April 3, 2011
Seorang ayah hanya mampu sekadar menegur dan menasihati anak anak mereka ke arah kebaikan dalam kehidupan. Namun pilihan mestilah di lakukan oleh anak tersebut.
Anak yang selalu mendengar nasihat ayah dan ibu tidak akan rugi dalam kehidupan. Namun anak anak yang tidak mengendahkannya akan sedar, selalunya apabila sudah terlambat.
Masa tidak pernah menunggu sesiapa. Begitu lah jugak ayah dan juga ibu, masa kian berlalu, apa jua yang di sayangi dalam dunia ini tetap akan di tinggalkan jua.
Namun tidak ada seorang ayah dan ibu ingin melihat anak anak mereka meneruskan kehidupan dalam kelekaan hidup.

Begitulah juga nasihat ibuku terhadap diriku ini,'Ingat, ibu dan ayah tidak akan menongkat langit untuk melihat anak anak mereka berjaya dalam kehidupan.'
Sungguh tepat kata kata ibu ku itu...

Pepatah orang tua jangan di tinggalkan:
Berakit rakit kehulu,
Berenang renang ke tepian,
Bersakit sakit dahulu,
Bersenang senang kemudian





Salam motivasi kepada anda semua. Sudah baca petikan diatas? Kalau sudah, pastikan diri anda sedia untuk bergerak ke hadapan. Kalau belum, baca dahulu ye.

Sejak kecil lagi kita sering dinasihati, ditegur oleh ibu bapa kita mengenai sesuatu yang mungkin membawa keburukan atau sokongan untuk sesuatu yang membawa kebaikan. Namun, pernahkan kita endah dengan teguran mereka? Tidak sehingga kita menerima padahnya. Ya wahai kawan-kawan, bukan sekali kita tidak mengendahkan teguran ibu bapa kita, tetapi banyak kali. Tak percaya? cuba ingat kembali masa sekolah dahulu. Mak ayah suruh kita belajar, tetapi apa yang kita buat? main je kejenye kan? Tak perlu la nak menafikan semua. Kita semua sama sahaja masa zaman sekolah dahulu. Tetapi apabila kita meningkat remaja, makin menjadi perangai kita sehinggalah suatu masa baru kita sedar bahawa setiap teguran ibu bapa itu tujuannya untuk menjadikan kita seorang manusia yang berjaya kemudian hari. Sedarlah wahai kawan-kawan dan para pembaca sekelian. Bukan ibu bapa yang menentukan siapa kita pada masa hadapan, tetapi kita yang menentukannya. Setiap ibu yang melahirkan, menyusukan, membesarkan kita, setiap bapa yang memanjakan, melindungi kita semuanya tahu peribadi anak. Cuma adakalanya mereka halang kerana perkara itu tidak bersesuaian dengan anak dan tidak memberi manfaat, malah memberi kemudaratan. Ingatlah wahai para pembaca semua, jasa ibu bapa tak akan dapat kita balas walaupun segunung intan permata kita longgokkan dihadapan mereka. Tetapi mereka hanya mahu kita balas dengan kejayaan kita dalam hidup, pelajaran dan kecemerlangan masa hadapan kita.


Seorang anak pernah memberi sekeping surat kepada ibunya ketika ibunya sedang membasuh pinggan di dapur...

"Surat apa ni?"
"Ni senarai upah yang kawan dapat sekiranya dia membantu ibunya di rumah"

Basuh pinggan: RM 5.00
Kemas rumah: RM 10.00
Basuh baju: RM 10.00
Jaga adik: RM 15.00
Sidai dan angkat pakaian di jemuran: RM 10.00

JUMLAH SEMUANYA: RM 50.00 sebulan.

Si ibu terdetik hatinya. Lalu dipandang pada anaknya dengan penuh kelembutan.

"Nanti ibu beri jawapan pada abang esok hari......"

Keesokan harinya,ketika si ayah sedang duduk membuat kerja pejabat di ruang tamu, si ibu memberi 2 pucuk surat pada anak. Pada sampul surat tersebut, tertera perkataan ibu dan sepucuk lagi tertera perkataan ayah. Si anak membuka surat ibunya dahulu.

Mengandungkan anda: PERCUMA
Menahan sakit menendang dalam kandungan: PERCUMA
Melahirkan anda: PERCUMA
Menyusukan anda: PERCUMA
Menjaga anda: PERCUMA
Membesarkan anda penuh sihat: PERCUMA
Menjaga ketika sakit: PERCUMA

JUMLAH SEMUANYA: PERCUMA setiap anak

Si anak mula terasa bersalah. Lalu dibukanya surat bapanya pula.

Menjaga anda: PERCUMA
Membesarkan anda penuh sihat: PERCUMA
Menjaga ketika sakit: PERCUMA
Menyekolahkan anda: PERCUMA
Memberikan pelajaran kepada anda: PERCUMA
Memberi dan menjaga makan pakaian anda:PERCUMA

JUMLAH SEMUANYA: PERCUMA setiap anak

Si anak meluru mendapatkan ibu dan bapanya di dapur lalu memohon maaf sambil menangis. Sesungguhnya setiap ibu dan bapa tidak pernah meminta balasan wang ringgit mahupun harta dari anak, tetapi bagi mereka cukuplah hanya dibalas dengan kejayaan sahaja.....



YA ALLAH, AMPUNILAH DOSAKU, DOSA KEDUA IBU BAPAKU, DOSA GURU-GURUKU YANG TELAH MENJAGA, MEMBESAR, MENDIDIKKU DARI KECIL HINGGA DEWASA. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG..... AMEEEEEN

3 comments:

Noor Farizahani Zainal Abidin said...

post ni terbaik .... ~

Sidzisme1988 said...

Mekacih,tapi bnyk lg nk kne wat,hehehehe

Noor Farizahani Zainal Abidin said...

tak pe berdikit dikit (:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...