Jasa sehingga ke Menara Gading Al-Azhar

on Monday, April 25, 2011
"Ehhhh, bangun-bangun belako, dok bangun, aku rote leper ke....." Yaa, itulah suara yang amat digeruni pada waktu subuh mahupun dimana-mana sahaja. Kedatangan mudir Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat itu amat ditakuti oleh semua pelajar termasuklah pelajar yang paling 'otai' sekali. Dengan rotan di tangan, kalau terkena sekali pasti perit dan diingati berminggu-minggu. Berpusu-pusu pelajar akan ke bilik air membersihkan diri atau mengambil air wudhu kemudian ke surau. Solat fardu wajib berjemaah kecuali yang sakit. Kalau ponteng lagi azab hukuman yang bakal menanti. Solat fardu yang melibatkan imam menguatkan suaranya wajib membaca satu rakaat semuka. Kalau tidak, nahaslah pak imam kena bedal.

Selesai solat subuh dan diikuti dengan zikir dan bacaan Yasiin, para pelajar mengaji mengulang hafalan baru atau hafalan lama. Waktu nilah memang setan dok berpesta sarkis kat mata ni. Mak aiiii, kekadang terasa macam berkampit-kampit kilo beras kat mata ni walaupun pagi tadi dah mandi. Adoiiiii, mengantuknya.... ZZZZZZZZ berdengkor sesetengah pelajar. Sekejap lagi..... Bedebuk, satu debukan kuat hinggap kat belakang. Adoiiiii, sapa pulak buat spike bola tampar kat belakang ni.
"Mengaji tu, buke aku suruh mu tido," hinggap suatu suara tak asing lagi. Gerun menguasai diri. Pantas dibaca mushaf Al-Quran. Dan sejak dari hari tu, tak berani nak tido lepas subuh. Mengaji sampailah pukul 7.20 pagi. Lepas mengaji, terus kami ke kantin makan pagi walaupun kekadang makan pagi ni ada yang sedap, ada yang kureng, tapi lapor punya pasal, telan jugak.

Tepat jam 7.50 pagi, masing-masing mula ke kelas. Kalau hari sabtu, ada perhimpunan. Masa tulah nak dengar komen ust yang menjaga pada hujung minggu. Kekadang naik jemu dengar arwah Pak Muda dok ingat pasal yuran tak bayar. Naik jemu telinga ni menadah. Kalau ade pelajar buat hal masa hujung minggu tertangkap, ok la sikit tengok aksi rotan-merotan ni. Kekadang terkena jugak, tapi bukan Mudir yang rotan, warden yang rotan. Kalau mudir yang rotan, mau sebatu aku lari dengan bebudak ni.

Pukul 10.30 pagi, masa tukar kelas pulak. Habis dah kelas Al-Quran, pakat ke kelas kitab pulak. Mengajilah dalam keadaan mengantuk. Kekadang tido terlentang pun ade jugak kat belakang. Pelajar pompuan ade pun wat derk je. Mengantuk punya pasal, bantai tido semacam je. Terus menerus mengaji sampai pukul 12.45 tengahari. Hah, masa ni la nak rehat. Balik bilik je terus terkam katil dulu. Tido sampai pukul 2 petang.

Petang pukul 2.45, mengaji sampai asar, Dan pas asar tulah masa nak berembat bola kat padang. Masa ni pelajar sume nak tunjuk power main bola sampai ust pun kantoi gelecek bola dengan anak murid sendiri. Masa kat padang ni la ingat ada 2-3 orang ustaz yang terror main bola. Memang respek dari A-Z. Antara yang terkenalnya Ust Hassan Itali(gelaran sebab bawak bola macam Matterazi player Itali yang ade kes dengan Zidane), Ust Syukor, Ust Lah Ronaldo, Ust Ihya player Thailand(pernah dipilih jadi pemain negara Thai) dan ade 2-3 lagi yang terror. Petang ni lah macam-macam skill keluar sampai pukul 6.30 petang. Masa tu time makan lak. Makan lak kalau dah letih n lapar, telan semacam je.

Malam lepas isyak,masa tulah time rehat dan pukul 11 je sume tido. Berdengkor macam-macam bunyi ada. Itulah rutin harian di MTDQWQ.

Masih ingat lagi masa ada kes dahulu, terponteng sembahyang Subuh sebab mengantuk sangat. Masa tu pulak kantoi dengan mudir sendiri. Aduh mak aii, ramai kantoi termasuklah aku, Rahimin Basri, Nukman Aziz, Mujahid Suhaimi, Zaki Muafaq, Zaid Muafaq dan lain-lain lagi. Memang perit kena hukum. Satu jam ketuk ketampi, pastu di follow plak dengan pumping sambil kena slash dengan rotan. Lepas pumping plak, kene lagi slash kat tangan. Sakit masa tu memang marah. Macam-macam ade yang mengutuk. Tapi bisanya???? Semua berjaya dalam pelajaran. Omar Saifuddin berjaya ke Al-Azhar dalam bidang Qanun yang paling digeruni untuk diambil oleh semua pelajar Mesir termasuk arab sendiri pun surrender. Fikri Razali berjaya mencapai diploma DQ dan kini berada di Maahad Qiraat Shoubra. Farhan Hassan berada di Tanta, Mesir di bidang Syariah Islamiah. Rahimin Basri dan Nu'man Aziz ke Syria dan memperolehi Diploma Bahasa Arab. Mujahid Suhaimi pula memasuki Imam Muda Musim Kedua. Zaki Muafaq berjaya mencapai Ijazah Sanad Tahfiz Al-Quran Persatuan Tahfiz Malaysia. Hampir keseluruhan semuanya berjaya dalam bidang masing-masing. Tanpa tunjuk ajarnya, rotannya yang berbirat di badan bagaikan calit komando, kepetahannya dalam nahu dan sorof serta fiqh, sudah tentu kami semua menjadi penyamuuun macam citer Ali Baba Bujang lapok tu.

Kalau nak tahu, itulah Maadah Tahfiz Darul Qiran Wal Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan. Sekolah yang tidak semegah mana dari segi binaan tetapi megah dari segi kemantapan ilmu. Itulah dia Ust Subki Bin Abd Rahman, Mudir dan pengasas MTDQWQ Repek. Sesungguhnya jasa mereka membawa kami ke mata dunia.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...