on Tuesday, September 13, 2011
Alhamdulillah dah masuk bulan Syawal. Tup-tap dah berbelas dah Syawal kita lalu sampai masa pun tak sedar. Tau-tau je dah budak darjah 6 pen dah UPSR.

Namun begitu, apa yang berlaku pada dunia kini memang ada segelintir pihak yang merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah dan langsung tidak sedar bahawa mereka telah menindas orang lain. Menindas melalui pelbagai cara. Dari sudut material sampailah mental. Sedih tak tau nak kata lagu mana dah. Sampai rasa pedih hati ni tengok macam-macam perkara berlaku baik dari isu kecil sampai isu besar. Tak pernah padam.

Seminggu sebelum puasa, pergi merayau melihat suasana malam di bumi Damanhur ni. Dari Kubri Falagah ni, jalan kaki masuk pekan Toba. Sedih kat hati ni terasa jugak masa tengok ada 3-4 orang makcik-makcik duk mintak sedekah disamping anak-anak yang masih kecik dan merah. Sedih terasa kat hati ni. Meminta sedekah demi sekeping roti ishy yang harga tak sampai 10 sen Malaysia. Dengan anak-anak kecil yang masih merah menangis meminta perut disuapkan makanan, tambahan pula dengan keadaan anak yang tak sihat, terasa sedih kat hati ni.

Kemudian, terus merayau ke simpang lampu isyarat dekat dengan bank National Of Egypt dan Cairo Banque. Sampai kat sana, minum air tebu dekat kedai. Tengah-tengah minum sekali terpandang pula kat 4-5 orang budak kecik yang umur dalam anggaran 6-9 tahun. Pergi ke satu kereta lap cermin nak ambil upah bersihkan kereta demi sesuap rezeki. Ada yang sudi dan ada jugak yang halau. Kalau yang sudi tu hulur jugak lah LE1 dalam anggaram duit Malaysia 50 sen. Kekadang tu ada jugak yang mintak sedekah untuk makan. Sedih tak usah dicakaplah. Dah tengok macam terbuang pulak budak-budak tu. Ada sekali tegur diorang tanya mana mak bapak. Ada yang kata mak bapak bercerai pastu depa pulak hidup merempat. Tidur di kaki lima atau dimana-mana sahaja. Ada yang kata kena buang keluarga dan ada jugak yang kata tak kenal mak bapak langsung. Kekadang kesian pun ada jugak tengok depa ni. Bila dapat duit LE1 tu macam dapat LE10. Tak pernah kenal masa. Sentiasa ada baik musim sejuk mahupun musim panas. Baik siang mahupun malam.

Lepas jam 11 malam tu, terus ke Kubri Falagah. Sepanjang jalan tu, ada nampak 2-3 orang tua dengan keadaan yang sakit, cacat, duduk mintak sedekah. Manalah pergi anak-anak depa ni? Adakah depa ni dibuang oleh anak kerana menyusahkan jika dijaga atau memang tak kahwin sebab miskin dan cacat? Sedih hati ni tengok. Bukan di bandar Damanhur yang kecik ni sahaja. Malah di bandar besar pun ada jugak bahkan lagi teruk dari ni.

Bila teringat masa kat Malaysia dahulu, banyak kali jumpa dengan orang-orang tua yang dibuang oleh anak atas alasan kononnya jaga mak bapak yang dah tua ni menyusahkan. Pernah sekali jumpa sorang pakcik tu yang datang ke gerai jumpa pelanggan mintak duit seringgit dua untuk beli ubat dan makan. Sedih keadaan pakcik tu. Dah tu pergi kat meja sekumpulan laki pompuan yang tengah duk bergelak. Sekali kena halau macam anjing kurap. Sedih betul tengok eh. Pergi ke meja lain pun kena macam tu jugak, ada yang bagi pastu suruh blah cepat-cepat. Ada yang buat tak layan, n ada yang halau. Bila pakcik tu dah pergi jauh, pergilah jumpa pakcik tu. Bila tanya mana keluarga, terkeluarlah dari mulut pakcik tu:

"Kalau tanya pasal anak bini pakcik, tak usahlah, pakcik ni dah kena halau dek bini dan anak dah dekat 15 tahun nak, sejak pakcik kemalangan dan tak mampu nak bekerja keras,paling pakcik sedih, semua harta pakcik yang pakcik simpan sejak pakcik kerja sampai pakcik kemalangan habis diambik oleh bini pakcik dan anak-anak,masa pakcik keluar 15 tahun dahulu, pakcik keluar cari kerja untuk sara keluarga, sebelum tu waktu pagi pakcik menoreh getah, kebun pun tak luas mana sangat, adalah sekankang kera lepas untuk makan minum serumah, lepas menoreh, pakcik bawak beca dari pagi sampai petang, kadang ada penumpang,kadang tak ada. Lepas pakcik kemalangan, bini pakcik jual kebun getah tu untuk kegunaan anak pakcik,masa tu pakcik kat hospital, tak ada sorang pun pergi jenguk pakcik apatah lagi lawat pakcik, lepas keluar hospital, pakcik berulang alik ke hospital semuanya pakai duit simpanan pakcik, lepas 4 bulan tu, pakcik dah tak boleh kerja macam dulu sebab kesihatan pakcik tak mengizinkan, pakcik merayau dari satu kedai ke satu kedai cari kerja kosong tak kiralah cuci pingan ke atau cuci tandas, dulu ada, tapi sekejap je, tuan kedai dah tutup pindah tempat lain. tak lama lepas tu pakcik pulak kena halau dengan keluarga pakcik. Kata bini pakcik, 'tak larat aku nak jaga engkau,duit pun tak ada, balik bau busuk hapak, tak larat aku nak basuh kain baju kau,berambus kau dari sini.' lebih kurang macam tulah ayat yang keluar dari mulut bini pakcik,pakcik ke rumah anak pakcik, sekali dibantingnya pintu ke muka pakcik, yang paling pakcik sedih,cucu pakcik pun tak mengaku yang pakcik ni datuk dia.sebab tu sampai sekarang pakcik hidup merempat,"

Sedih terasa kat hati ni bila dengar pakcik tu cakap macam tu. Pakcik tu tak usah cakaplah, menangis air mata pakcik tu. Pakcik tu ada bagitau kat mana dia duduk dahulu, gambar bini dia yang dah kusam dan kini bekas rumah dia diduduki oleh bekas bininya. Bila pergi jenguk ke rumah pakcik tu, sekali bukan rumah, tapi istana. Bini pakcik tu hidup lagi dan mewah bersalut barang kemas tapi suaminya??? Dahlah pergi jenguk je,jenguk pun takdelah jauh sangat, sekali kena halau la pulak. Adoyaiii....Sejak dari tu tak pergi dah. Pakcik tu pun lepas 2 bulan tu tak jumpa dah. Dengar kabar dah meninggal dunia. Ade kabar lain, Jabatan Kebajikan pungut dia. Entahlah.

Sebelum datang ke Mesir ni, terserempak dengan seorang anak muda yang duduk merempat. Tidur di kaki lima, kaki tempang sebelah, dan mukanya cacat. Sekali bila ditanya kenapa jadi begini, menangis dia. Ujarnya:

"Apa yang jadi kat aku ni sebenarnya dosa aku kat kedua orang tua aku. Masa dulu aku ni jahat. Duduk kat rumah tak pernah sembahyang. Bapak aku tegur aku melawan. Mak aku tegur, aku melawan. Macam-macam aku buat kat mak bapak aku. Curik barang kemas mak aku, curik duit bapak aku. Macam-macam lagi, aku pulak kerja aku main motor sana sini. Pernah sekali aku pukul mak aku sebab mak aku tak bagi aku duit. Bapak aku pun pernah kena tumbuk kat masjid sebab tak bagi aku duit tengok konsert. Masa bapak aku sakit, aku sempat lagi amik duit jualan kebun bapak aku sebab nak beli motor baru nak race. Masa bapak aku meninggal, tu sebenarnya salah aku. Duit jualan kebun bapak aku tu sebenarnya untuk rawatan bapak aku tapi aku ambik beli motor. Masa bapak aku meninggal, aku langsung tak berubah. hari-hari aku mintak duit kat mak aku. bila mak aku tak bagi, aku pukul mak aku, lepas tu aku amik barang kemas mak aku, aku gadai kat pajak gadai. duit tu aku beli 'barang', minum arak, macam-macam lagi. Tak lama kemudian, mak aku meninggal sebab tertekan degan perangai aku yang makin hari makin teruk. Setakat perempuan tu, bagi aku stok pakai buang je, banyak dah pompuan dah bolong kena tebuk dengan aku. Setakat pukul orang tu, mainan aku. Masa mak aku meninggal, aku langsung tak sedih, apatah lagi nak berubah. Bahkan aku makin seronok sebab mak aku tinggalkan duit dalam bank dalam RM12000 dengan barang kemas dia.Barang kemas mak aku semua aku gadaikan kecuali seutas rantai je yang sempat adik perempuan aku ambik. Duit mak aku tu habis aku pakai beli pil kuda, 'barang' dan macam-macam lagi. Setahun lepas aku kemalangan teruk lepas amik pil. Aku khayal masa tu. Yang drive kereta masa tu kawan aku. dia pun khayal. aku pun tak sedar masa tu, tau-tau je dah accident bantai bas. Kawan aku mati kat situ dan aku pulak cacat. Rumah aku pulak terbakar sebab lintar pintas. dalam rumah tu hangus semua duit simpanan hasil haram, hasil aku pukul orang, dan macam-macam lagi. Wallet aku masa aku kemalangan tu kena curik dek orang. Lepas tu aku ke rumah adik aku, tapi adik aku dah tak duduk situ lagi, dah pindah tempat lain sebab tak tahan dengan umpatan orang tentang aku. Lepas tu pulak aku landing hospital buat kali kedua sebab kena rembat dengan orang. muka aku ni kena cucuh dengan api. landing balik aku kat hospital, patah tangan kiri, rusuk kiri patah 3 dan aku pulak koma 2 hari. Keluar dari hospital, aku dah tak ada tempat nak pergi lagi. duit tak ada, rumah pun tak ada, kini aku merempat kat kaki lima. Ni semua dosa aku kat arwah mak bapak aku.kalau kau masih ada mak bapak kau, mintak la maaf kat diorang sebelum terlambat."

Terasa hati ni macam kena siat bila dengar cerita pemuda tu. Sampai sekarang masih teringat nasihat diorang. Pengalaman tu mengajar kita banyak perkara dalam kehidupan. Kemiskinan yang dialami orang lain itu memberi pengajaran kepada kita agar jangan kita kedekut dalam memberi sedekah kepada mereka yang kurang upaya. Ceritera yang diceritakan oleh mereka yang mengalaminya memberi kita peringatan agar kita menghargai orang tua kita selagi mana mereka masih hidup dan jagalah mereka sebagai mana mereka menatang kita bagai minyak yang penuh masa kita kecik dahulu dan juga peringatan kepada kita agar mendidik anak-anak menjadi manusia yang baik akhlak dan peribadinya. Ceritera orang miskin banyak pengajaran dan pengalaman itulah guru terbaik dalam mendidik kita.......

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...